Durian memang buah kegemaran ramai, tapi cara menikmatinya pun ada pelbagai gaya. Ada yang guna tangan dan ada juga yang guna sudu.
Awie Kantoi Makan Durian Pakai Sudu
Biasanya orang makan durian dengan tangan, tapi ada juga yang pilih guna sudu sebab tak mahu tangan berbau. Siapa sangka, penyanyi rock legenda kumpulan Wings, Datuk Awie, adalah salah seorang yang guna sudu untuk makan durian!
Pelakon Roy Azman yang bongkarkan rahsia ni melalui video di akaun TikTok miliknya, @thisisroyazman. Dalam video tersebut, Awie dilihat pegang seulas durian dengan sudu untuk dinikmati.
Gelagat spontan penyanyi lagu “Nur Nilam Sari” itu buat Roy dan rakan-rakan lain ketawa besar.
“Entah Melayu mana lah yang makan durian guna sudu ini,” kata Roy sambil ketawa.
Sedar dirinya dirakam, Awie cepat-cepat berpaling badan untuk makan durian tersebut, tapi Roy sempat rakam lagi dan terus ketawa.
“Malu orang tengok kita. Jangan cerita dekat orang,” kata Awie.
@thisisroyazman 1st time tengok camni wooo haha 🤣 #wmgs #wmgsasean #wmgskl @awiealpamalo ♬ bunyi asal – Roy Azman
Difahamkan, Awie dan Roy sedang sertai konvoi Wings Motor Gang Society (WMGS) menuju ke kenduri.
Reaksi Dari Netizen
Video tersebut telah ditonton lebih 2.6 juta kali dan menarik perhatian pengguna TikTok. Kebanyakan mereka terhibur melihat gelagat Roy yang tak henti-henti mengusik Awie.
Yang paling mengejutkan, Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pun tinggalkan komen, mengatakan baginda juga makan durian guna sudu.
Akhir kata, Siapa sangka, makan durian dengan sudu pun boleh jadi hiburan ramai!