Menurut data Rakuten Insight, sebanyak 34 peratus rakyat Malaysia membela kucing tapi apa yang menjadi persoalan adakah mereka bela dengan cara yang baik?
Macam kita tahu baru-baru ini terdapat anjing Husky yang ditampar berkali-kali oleh penjaganya sehingga anjing tersebut disahkan trauma. Sangat menyedihkan!
“Tiga tingkat bangunan..” – @nurullainabdulhamid
Tidak sampai di situ, ada lagi kes penganiayaan binatang berbulu iaitu kucing di mana pemilik kucing tersebut meletakkan kawasan kucingnya di luar tingkap setinggi lebih kurang 5 meter.
Sudahlah tinggi 5 meter, kucing-kucing tersebut ditinggalkan terbiar tanpa sangkar yang selamat. Hanya berlapikkan para papan yang nipis.
Beberapa video dan gambar yang berjaya dirakam telah dimuat naik oleh pengguna Instagram nurullainabdulhamid untuk menyelamatkan kucing-kucing tersebut.
