Seorang lelaki berumur 65 tahun di Indonesia, dikenali sebagai Pak Dada, menjadi viral di Instagram kerana terpaksa hidup di tepi lorong selepas dihalau oleh isterinya.
Lebih menyedihkan, isterinya dikatakan curang dengan lelaki lain dan mengusir Pak Dada walaupun tahu dia menghidap penyakit strok.
Pemilik video yang memaparkan kisah ini menyatakan rasa sedih melihat Pak Dada yang terpaksa menggunakan tangan kiri untuk makan kerana penyakit strok.
Tambahan pula, pakaian Pak Dada kelihatan lusuh dan dia hanya berkaki ayam.
Tak Mahu Susahkan Sesiapa Termasuk Anak-anak
Walaupun mempunyai anak, Pak Dada menjelaskan dia tidak mahu menyusahkan sesiapa, lebih-lebih lagi dengan penyakit strok yang dihidapinya.
Pak Dada dikatakan merempat di hadapan masjid dan di kedai untuk tidur, dan hanya mengharapkan makanan ehsan daripada orang ramai.
Akhir Kata
Sedih melihat Pak Dada yang terpaksa merempat sana sini untuk meneruskan hidup. Sudahlah ditimpa strok, isteri pula curang dengan lelaki lain. Semoga ada yang dapat membantu Pak Dada dan meringankan bebannya.