senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Kes Bunuh Zulfarhan: 6 Bekas Pelajar UPNM Dihukum Gantung

leav by leav
August 17, 2024
in Netizen
Kes Bunuh Zulfarhan: 6 Bekas Pelajar UPNM Dihukum Gantung
6
SHARES
590
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Pada 23 Julai, Mahkamah Rayuan Putrajaya menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam bekas pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain pada 2017.

Panel tiga hakim, yang diketuai oleh Datuk Hadhariah Syed Ismail, sebulat suara mengembalikan semula pertuduhan asal di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Hakim Hadhariah berkata, “Mahkamah memutuskan hanya satu hukuman terhadap keenam-enam tertuduh, iaitu mereka akan digantung sampai mati.”

Enam tertuduh yang kini berusia 28 tahun adalah:

  • Muhammad Akmal Zuhairi Azmal
  • Muhammad Azamuddin Mad Sofi
  • Muhammad Najib Mohd Razi
  • Muhammad Afif Najmudin Azahat
  • Mohamad Shobirin Sabri
  • Abdoul Hakeem Mohd Ali

Hadhariah menegaskan bahawa jenayah tersebut bukan sahaja mengejutkan sistem kehakiman, tetapi juga hati nurani masyarakat. “Ibu bapa mana yang tidak kecewa, marah, sedih, dan menangisi pemergian anak kesayangan mereka apabila mayat dikembalikan dalam keadaan yang memilukan dan menyayat hati.”

Menurut Hadhariah, Mahkamah Rayuan tidak akan bertoleransi terhadap kejadian sebegini. “Ibu bapa mana yang sanggup menanggung derita melihat anak mereka diseksa sehingga mati dalam keadaan yang sungguh mengerikan,” tambahnya.

Mahkamah Rayuan hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) selepas didapati bersalah membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain tujuh tahun lalu. pic.twitter.com/MbfHRrDpRK

— Buletin TV3 (@BuletinTV3) July 23, 2024

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini meminda pertuduhan dari Seksyen 302 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan, menyebabkan keenam-enam tertuduh hanya dijatuhi hukuman penjara 18 tahun pada November 2021.

Namun, pada Mei lalu, pihak pendakwaan berhujah bahawa keenam-enam tertuduh melakukan perbuatan melampau dengan mendera Zulfarhan sehingga 80% tubuh badannya melecur. Timbalan Pendakwa Raya, K Mangai, menunjukkan bahawa seorang daripada mereka mengarahkan lima lagi untuk menekap seterika pada badan Zulfarhan, mengakibatkan 90 kesan lecur yang menyebabkan kematiannya.

ADVERTISEMENT
Source :
Twitter: BuletinTV3, Bharian
ADVERTISEMENT
BACA JUGA  "Ayam Dari Rusia..." - Tiga Bungkus Nasi Mencecah Sehingga Ribuan Ringgit
Tags: Zulfarhan

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di bachok

    15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    230 shares
    Share 92 Tweet 58
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    425 shares
    Share 170 Tweet 106
  • Mak Neelofa Pegang Erat Tangan Jefri Nichol?

    4 shares
    Share 2 Tweet 1
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    119 shares
    Share 48 Tweet 30
  • 15 Tempat Menarik Di Maran Pahang Untuk Diterokai

    74 shares
    Share 30 Tweet 19

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved