Pelakon Azlan Komeng telah membuat pengakuan mengejutkan bahawa dia pernah berpoligami dan menjalinkan hubungan dengan beberapa wanita serentak.
Dalam satu video di TikTok, Azlan mengakui bahawa sebelum berkahwin dengan isterinya sekarang, Nur Nilam, dia tidak pernah menjalani hubungan monogami.
“Aku tak pernah kira pun skandal aku, kalau ikut dalam lima ke enam orang,” kata Azlan.
Menurutnya, sebelum mengenali Nur Nilam, dia telah memutuskan untuk meninggalkan semua hubungan sebelumnya, termasuk dengan isteri-isteri terdahulu.
Azlan mendedahkan bahawa dia pernah mempunyai dua isteri, dan pernah juga tiga isteri dalam satu masa.
Namun, kini dia hanya mempunyai seorang isteri dan ini adalah kali pertama dia menjalani hubungan monogami yang panjang.
Azlan juga mengakui bahawa wanita-wanita yang pernah menjalin hubungan dengannya sanggup berpoligami.
Namun, dia mengaku bahawa itu adalah kesilapannya kerana kurang berfikir dan mudah tertarik kepada orang lain.
“Majoriti daripada bekas-bekas isteri aku, mereka yang berkehendak untuk bersama aku. Bukan aku yang nak, tapi mereka rela untuk menjadi madu,” jelasnya.
@jalilrazak2 @puan nilam ortiz @AzlanKomeng ♬ original sound – JalilRazak
Azlan akhirnya mengambil keputusan untuk memutuskan semua hubungan tersebut dan memohon maaf kepada bekas isteri dan wanita-wanita yang pernah bersamanya.
“Aku kata kalau masih nak bersama atau tidak, itu terpulang, tapi aku tidak berjanji untuk mengahwini mereka. Majoriti masih nak bersama, jadi aku kata kalau nak berkahwin, mintalah dengan Tuhan,” kata Azlan.