senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Dunia

Pembukaan Olimpik Paris 2024 Dikritik Hebat & Video Dipadamkan

leav by leav
July 30, 2024
in Dunia
Pembukaan Olimpik Paris 2024 Dikritik Hebat & Video Dipadamkan
239
SHARES
23.9k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Sukan Olimpik Paris 2024, acara sukan terbesar dunia, telah pun bermula sejak minggu lalu dengan penyertaan ribuan atlet dari seluruh dunia, termasuk dari Malaysia.

Seperti tradisi, acara pembukaan Olimpik biasanya menampilkan perarakan atlet, persembahan pembukaan yang meriah, dan akan diakhiri dengan majlis penutup.

Bagaimanapun, acara pembukaan Olimpik Paris 2024 kali ini menerima banyak kritikan negatif kerana berlangsung dalam keadaan hujan di tempat terbuka, menjadikannya salah satu yang terburuk dalam sejarah Olimpik.

Video rasmi acara pembukaan Olimpik Paris 2024 telah dipadam daripada akaun YouTube dan media sosial rasmi Olympic selepas menerima banyak komen negatif.

Menurut laporan dari portal Dailymail UK, tangkapan skrin yang dikongsi oleh pengguna media sosial menunjukkan video tersebut juga telah dipadamkan dari semua platform media sosial Olimpik.

Keadaan ini berbeza dengan pembukaan Olimpik sebelum ini seperti London 2012, Rio 2016, Beijing 2022 dan Nagano 1998, yang masih boleh ditonton hari ini.

Kontroversi Gimik Pembukaan

Salah satu aspek yang mendapat kritikan adalah persembahan Drag Queen, di mana lelaki berpakaian wanita untuk mempromosikan nilai kebebasan, persaudaraan, dan kesaksamaan Perancis.

Namun, gimik ini mendapat reaksi negatif, termasuk dari penganut agama Kristian yang merasa tersinggung dengan parodi ‘woke’ terhadap lukisan The Last Supper oleh Leonardo da Vinci, yang menggambarkan makan malam terakhir Jesus bersama murid-muridnya.

ADVERTISEMENT

Sebilangan penonton juga merasa persembahan tersebut tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak.

Cuaca Buruk dan Kesilapan

Acara pembukaan diadakan di tempat terbuka dan berlangsung dalam keadaan hujan, menyebabkan penonton terpaksa berdiri tanpa perlindungan dan basah kuyup. Selain itu, terdapat juga beberapa kesilapan teknikal seperti tersalah nama negara dan bendera Olimpik yang secara tidak sengaja dinaikkan terbalik.

BACA JUGA  18 Jenis Jantina di Thailand Yang Jarang Dikenali

Keseluruhan acara ini menimbulkan banyak kritikan dan dianggap sebagai salah satu pembukaan Olimpik yang paling mengecewakan.

Source :
Dailymail
ADVERTISEMENT
Tags: Olimpik 2024

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved