Pemenang pingat perak bagi kategori Badminton Lelaki Perseorangan Olimpik Paris 2024 berjaya dirangkul atlet Tahiland, Kunlavut Vitidsarn.
Dan biasalah kalau dah berjumpa dengan atlet luar negara pasti diri kita rasa seronok dan ingin bergambar dengan mereka.
Tapi apa yang menjadi perhatian ramai apabila Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Hannah Yeoh memuat naik gambar tersebut dengan mengakui dirinya peminat baru kepada atlet trsebut.


“Tak sensitif langsung..” – Netizen
Pengakuannya itu menjadi kemarahan dalam kalangan ramai rakyat Malaysia kerana seperti tidak menyokong atlet tanah air sendiri.

“Sepatutnya berhati-hati dengan apa yang dimuat naikkan..” – Netizen
Ada juga yang memberi sepatah dua kata kenapa sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia tidak patut untuk menulis kapsyen seperti itu.

Hannah Yeoh tukar kapsyen instagram
Bagaimanapun, kapsyen tersebut telah ditukar selepas mendapat kecaman hebat dari orang ramai.

Min mungkin akan bergambar dengan Kunlavut ni tapi min akan tulis kapsyen ‘LZJ akan beat you in LA2028’ gitchew!