senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Dunia

Atlet Lompat Galah Tersangkut ‘Telur’ Dapat Tawaran RM1.12 Juta Dari Syarikat Porno

leav by leav
August 17, 2024
in Dunia
Atlet Lompat Galah Tersangkut ‘Telur’ Dapat Tawaran RM1.12 Juta Dari Syarikat Porno
152
SHARES
15.2k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Seorang atlet lompat galah Perancis, Anthony Ammirati baru-baru ini mengalami insiden malang semasa Sukan Olimpik Paris 2024.

Alat sulitnya tersangkut di palang ketika dia hampir melepasinya, menyebabkan dia gagal ke peringkat seterusnya.

Kejadian yang berlaku pada 3 Ogos lalu itu tular di media sosial, mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Ada yang bersimpati, namun ada juga yang menjadikannya bahan jenaka.

Anthony Ammirati failed the bar and the commentators are clearly having a hard time acknowledging what happened 😂 HELP I'M DYING pic.twitter.com/5hOHttVA5g

— Gladys Wotching (@Glodyswotcher) August 3, 2024

Siapa sangka, kegagalan Ammirati ini membuka peluang baru buatnya. Kisah ini menarik perhatian syarikat hiburan dewasa, CamSoda, yang menawarkan US$250,000 (kira-kira RM1.12 juta) untuk muncul di hadapan kamera selama 60 minit.

Menurut laporan US Weekly, Naib Presiden CamSoda, Daryn Parker, mengirim surat tawaran kepada Ammirati.

Parker menyatakan, “Walaupun anda tidak membawa pulang pingat emas, anda masih boleh mendapat ‘emas’ dari peminat anda melalui CamSoda, itu juga sesuatu, bukan?”

Parker juga mencadangkan Ammirati untuk menunjukkan alat sulitnya kepada dunia dan mencipta ‘Olimpik tersendiri’ pada masa depan.

ADVERTISEMENT

Sebelum ini, Ammirati dilaporkan sangat kecewa dengan kejadian yang tular itu, dan ramai yang menjadikannya bahan jenaka.

Menurutnya, dia terlepas sedikit latihan lompat untuk menyesuaikan dirinya sebelum acara bermula.

Untuk info, Ammirati mengakhiri acara tersebut dengan mata 5.60 di kedudukan ke-12, gagal melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Walaupun dia tidak memenangi sebarang pingat, kejadian ini pasti akan dikenang dalam sejarah Olimpik.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, setakat ini Ammirati belum memberi sebarang kenyataan berhubung tawaran tersebut, sama ada menerimanya atau menolaknya demi maruah diri.

Source :
US Magazine
Tags: Olimpik

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    433 shares
    Share 173 Tweet 108
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    150 shares
    Share 60 Tweet 38
  • 20 Tempat Menarik Di Yan Kedah Untuk Pencinta Alam Semulajadi

    287 shares
    Share 115 Tweet 72
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    122 shares
    Share 49 Tweet 31
  • 13 Tempat Menarik Di Senai Untuk Dikunjungi

    83 shares
    Share 33 Tweet 21

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved