senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Dunia

Menang Emas Olimpik Pada Usia 14 Tahun, Atlet Muda Australia Tak Sabar Tuntut Hadiah Itik Dari Ibu Bapa

leav by leav
August 8, 2024
in Dunia
Menang Emas Olimpik Pada Usia 14 Tahun, Atlet Muda Australia Tak Sabar Tuntut Hadiah Itik Dari Ibu Bapa
10
SHARES
1k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Arisa Trew, seorang gadis berusia 14 tahun dari Australia, mencipta sejarah apabila menjadi atlet termuda negaranya yang memenangi pingat emas di Olimpik. Lebih menarik, dia tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya kerana bakal menerima hadiah unik daripada ibu bapanya.

Arisa memenangi emas dalam acara papan selaju wanita dan hadiah yang sangat dinantikannya adalah seekor itik peliharaan. Menurut Arisa, ibu bapanya telah berjanji bahawa jika dia memenangi emas, dia akan mendapat seekor itik peliharaan.

“Ibu bapa saya berjanji bahawa jika saya memenangi pingat emas, saya akan mendapat seekor itik peliharaan. Bagi saya, itik adalah haiwan peliharaan yang comel. Saya boleh bawa haiwan ini berjalan ke mana-mana sahaja termasuk ke taman papan selaju,” katanya dengan gembira.

Menurut Arisa, dia mendapat idea untuk memelihara itik kerana haiwan itu mudah dibawa bersama ketika dia menyertai pertandingan, terutama di luar negara. “Ibu bapa saya sudah pasti tidak akan membenarkan saya membela anjing atau kucing kerana kami banyak bergerak. Jadi, itik adalah lebih mudah,” jelasnya.

Arisa berjaya membuat perjanjian dengan ibu bapanya sebelum beraksi di Paris dan akan dibenarkan memelihara itik sekiranya berjaya membawa pulang pingat emas.

@couriermail She became Australia's youngest gold medal winner in history but the Gold Coast's Arisa Trew was just as excited about the present on the way. #olympics #paris2024 #queensland #ducks #duck ♬ original sound – couriermail

Portal News.com melaporkan bahawa Arisa mula menceburi sukan papan selaju sejak tujuh tahun lalu. Pada usia 11 tahun, Arisa sudah bercita-cita untuk bertanding di Olimpik selepas sukan itu membuat debut di Tokyo pada 2020.

“Saya mahu bertanding di Olimpik, menaiki podium dan menang dalam acara sukan ini. Selepas menonton Sukan Olimpik Tokyo, ia benar-benar memberi inspirasi kepada saya. Melihat atlet-atlet yang bertanding mendorong saya untuk berada di sini,” tambahnya.

ADVERTISEMENT

Impian Arisa menjadi kenyataan apabila dia berjaya menjadi juara pada penampilan sulungnya di temasya teragung ini. Arisa mengumpul markah sebanyak 93.18 mata dalam acara taman papan selaju wanita sekaligus mengesahkan emas acara tersebut menjadi miliknya.

Source :
Tiktok: @couriermail, News.com
ADVERTISEMENT
BACA JUGA  "Wartawan Of The Year!" - Bangmed Dipuji Netizen, Pencetus Semangat Pemain Badminton Malaysia
Tags: Olimpik

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved