Dato’ Seri Vida, usahawan terkenal, baru-baru ini berkongsi pengalamannya menginap di sebuah hotel bertaraf lima bintang yang berharga RM30,000 untuk satu malam.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Vida, atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, membawa pengikutnya melihat ‘room tour’ hotel mewah tersebut yang terletak di tengah-tengah ibu kota.
Ini bukan kali pertama Vida menginap di hotel tersebut. Dalam videonya, DSV kelihatan sangat teruja dan berkata, “Selamat kembali ke hotel berharga RM30,000 satu malam.
Hotel ini memang terbaik jika saya mahu bermalam di Kuala Lumpur. Kemudahannya cantik, dan bilik ini memang kegemaran saya—luas, selesa, dan moden.”
Vida juga menyatakan bahawa dia mengambil peluang ini untuk berehat daripada kesibukan kerja.
“Dah lama tak berehat, sibuk sangat. Bukan selalu saya dapat masa untuk relaks macam ini. Saya ini jenis jiwa berniaga, tak boleh duduk diam. Kadang-kadang tidur pun tak cukup,” katanya dalam video tersebut.
@datoserividaofficial Bestnyaaa sekali sekala ada masa nak rehat 😆 #datosrivida #quputehbarulahputeh #ImpianMuTikTokAwards ♬ sonido original – lyrics.songs
Di ruangan komen, ramai warganet memberi sokongan kepada Vida. Mereka berpendapat bahawa selepas bekerja keras, Vida layak menikmati kesenangan hidup. Ada yang berkata,
“Mahal pun tak apa, yang penting diri sendiri rasa puas selepas penat bekerja. ‘Me time’ itu perlu. Alhamdulillah, sekali-sekala berehat dan tenangkan fikiran.”
Namun begitu, ada juga yang berpendapat bahawa harga bilik tersebut terlalu mahal dan tidak berbaloi. Mereka merasa bahawa wang tersebut boleh digunakan untuk perkara lain yang lebih penting.
Walau apapun pandangan orang ramai, Dato’ Seri Vida tetap dengan gaya hidupnya yang mewah dan unik, yang sering menjadi perhatian dan perbualan warganet.