senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hiburan

Siaran Astro Tanpa Kebenaran: Restoran Nasi Kandar Terkenal Kena Bayar Pampasan RM221K Kepada Astro

leav by leav
August 19, 2024
in Hiburan
Siaran Astro Tanpa Kebenaran: Restoran Nasi Kandar Terkenal Kena Bayar Pampasan RM221K Kepada Astro
103
SHARES
10.3k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Sebuah rangkaian restoran nasi kandar popular, Thaqwa (Malaysia) Sdn. Bhd., telah bersetuju untuk membayar sejumlah RM221,773.20 kepada anak syarikat Astro Malaysia Holdings Bhd., iaitu Measat Broadcast Systems Sdn. Bhd.

Bayaran ini dibuat sebagai pampasan kerana menggunakan siaran Astro tanpa kebenaran di beberapa cawangan restoran mereka.

Kes ini diselesaikan melalui kebenaran kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Menurut Astro, Thaqwa telah melanggar peraturan dengan menggunakan langganan Astro yang sah di dua cawangan restoran mereka dan menayangkan siaran tersebut di lapan restoran lain tanpa kebenaran.

Ini dilakukan dengan menggunakan kad pintar Astro, kotak dekoder, dan peralatan lain untuk mengakses dan menayangkan kandungan Astro kepada pelanggan mereka.

Sebagai sebahagian daripada penyelesaian ini, Thaqwa juga bersetuju untuk memastikan bahawa langganan Astro hanya digunakan di lokasi yang dibenarkan.

Langkah ini diambil bagi menghormati hak cipta dan harta intelek milik Astro.

Memetik laporan Malaysia Gazette lagi, Astro menegaskan bahawa mereka sangat komited dalam usaha memerangi cetak rompak digital kerana kesannya yang besar terhadap industri media dan kreatif.

Dengan mengambil tindakan undang-undang yang tegas, Astro berusaha melindungi hak harta intelek mereka serta memastikan pencipta dan artis mendapat ganjaran yang adil atas kerja keras mereka.

ADVERTISEMENT

Menurut Astro, perlindungan terhadap hak cipta ini penting untuk memastikan industri media dan kreatif terus berkembang, sekaligus membuka peluang untuk idea dan kandungan baharu muncul.

Mereka juga mengingatkan bahawa adalah satu kesalahan bagi mana-mana premis komersial di Malaysia untuk menayangkan siaran kepada orang awam jika kandungan tersebut diperoleh secara tidak sah. Ini termasuklah menayangkan rancangan Astro tanpa lesen komersial yang sah.

Kes melibatkan Thaqwa ini merupakan salah satu daripada banyak kes yang sedang dikendalikan oleh Astro dalam usaha mereka melindungi hak harta intelek syarikat.

Source :
Malaysia Gazette
ADVERTISEMENT
Tags: Astro

Popular Minggu Ini

  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    146 shares
    Share 58 Tweet 37
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    430 shares
    Share 172 Tweet 108
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    233 shares
    Share 93 Tweet 58
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    120 shares
    Share 48 Tweet 30
  • 8 Tempat Menarik Di Kapit Sarawak Untuk Dikunjungi

    49 shares
    Share 20 Tweet 12

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved