Pernah dengar tentang durian Tupai King? Varian durian baharu ini kini mula mencuri perhatian para penggemar durian dengan harga yang boleh mencecah hingga RM1,000 sebiji!
Dengan berat sekitar 3 kilogram, durian ini memang istimewa kerana sukar ditemui dan hanya ada pada musim tertentu.
Menurut seorang pengusaha durian, Brian Ong, Tupai King kini menjadi “buah taruhan” bagi pemilik kebun.
Durian didaftarkan sebagai D214 pada Februari 2024 ini bukan sahaja memberikan keuntungan besar kepada peniaga, tetapi juga berpotensi untuk menyaingi populariti Musang King yang sudah lama mendominasi pasaran.
Apa Yang Membuatkan Durian Tupai King Unik?
Rasa durian Tupai King memang lain daripada yang lain. Ia mempunyai isi berwarna kuning dengan sedikit sentuhan hijau yang memikat. Yang menariknya, teksturnya sangat berlemak dan lembut, seakan-akan cair di mulut.
Aroma durian ini juga pekat, hampir sama seperti Musang King, tetapi dengan sedikit rasa pahit yang memberikan kelainan.
Penggemar durian pastinya akan teruja dengan tekstur lembut dan krim Tupai King.
Namun, disebabkan ia masih baru di pasaran, pengalaman rasa mungkin berbeza bergantung pada kesegaran buah tersebut.
Bagaimana Tekstur Tupai King Berbanding Musang King?
Bila kita bandingkan Tupai King dengan Musang King, terdapat beberapa perbezaan ketara.
Musang King terkenal dengan isi berwarna kuning keemasan dan tekstur yang sangat lembut. Rasa manis krimnya yang khas menjadikan ia kegemaran ramai.
Sebaliknya, Tupai King menampilkan tekstur yang lebih berlemak dengan sedikit rasa pahit yang unik.
Walaupun masih baru, Tupai King sudah mula mendapat tempat di hati peminat durian kerana ciri-cirinya yang tersendiri.
Akhir kata, Tupai King adalah pilihan baru yang patut dicuba oleh semua penggemar durian.
Walaupun harganya agak mahal, pengalaman menikmati durian ini pasti berbaloi bagi mereka yang benar-benar meminati durian.