senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hiburan Gosip

Kuasa Talak Suami: Kenapa Masih Perlu Failkan Cerai? – Ini Penjelasan Peguam

leav by leav
August 22, 2024
in Gosip
“Sudah Tiada Persefahaman” – Syamsul Yusof Ceraikan Ira Kazar?
2
SHARES
204
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Baru-baru ini, media sosial dikejutkan dengan berita bahawa pengarah terkenal, Syamsul Yusof, telah memfailkan penceraian terhadap isterinya, Ira Kazar.

Keputusan ini menimbulkan pelbagai spekulasi dan persoalan, terutama mengenai kuasa talak yang ada pada seorang suami.

Ramai yang tertanya-tanya, jika seorang suami mempunyai kuasa untuk melafazkan talak, kenapa perlu memfailkan penceraian di mahkamah?

Untuk menjawab persoalan ini, seorang peguam syarie bernama Maisarah Mustafa tampil memberi penjelasan di TikTok.

Kenapa Suami Perlu Failkan Cerai?

Menurut Maisarah, walaupun seorang suami mempunyai kuasa talak, terdapat situasi di mana suami perlu memfailkan penceraian di mahkamah.

Jika suami dan isteri mengalami konflik yang tidak dapat diselesaikan dan suami ingin mengakhiri perkahwinan, dia boleh memfailkan penceraian, sama seperti yang dilakukan oleh isteri. Ini adalah prosedur yang sah dan dibenarkan oleh undang-undang syariah.

Maisarah juga menjelaskan bahawa jika seorang suami melafazkan cerai di luar mahkamah, dia mungkin dikenakan denda kerana perbuatan itu dikira sebagai jenayah syariah.

Lafaz cerai yang dilakukan tanpa pengesahan mahkamah tidak dianggap sah serta-merta, dan ia memerlukan proses pengesahan daripada pihak mahkamah.

ADVERTISEMENT
@maisarahmustafa10 Samsul punya pasaii ada hikmahnya. Adik sendiri Tanya haha sebab mungkin topik ni tengah jadi isu paneh lit lit agak eh dokek tompek kojo dioπŸ˜†πŸ˜† Jawapan eh: Kalau lafaz cerai luar mahkamah kena denda nanti sebab ianya dikira telah melakukan jenayah syariah. Selain tu bila dah lafaz cerai luar mahkamah, tetap kena failkan jugak sebab nak buat pengesahan terhadap lafaz cerai yang suami lafazkan tu. Mahkamah akan siasat, mahkamah akan tentukan jatuh atau tak & walaupun kuasa talak di tangan suami, dia tak boleh nak buat sewenang2 nya ikut suka dia. @AliaMaisarah #plc #lafazcerai #pengesahanlafazcerai #denda ♬ Cinta Tak Dibalas Cinta – Indah Aqila

Proses Pengesahan Lafaz Cerai

Selepas lafaz cerai dilakukan, suami tetap perlu memfailkan penceraian di mahkamah untuk pengesahan.

BACA JUGA  "Aku Tak Mandul, Kau Ganggu Proses IVF & Hina Aku!" - Isteri Pertama Abang Tesla Luah Perasaan Perihal Madu

Mahkamah akan menjalankan siasatan untuk menentukan sama ada lafaz cerai tersebut sah atau tidak mengikut undang-undang.

Ini penting untuk memastikan proses penceraian dilakukan mengikut prosedur yang betul dan sah di sisi undang-undang.

Walaupun kuasa talak berada di tangan suami, ia tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Setiap lafaz cerai mesti disahkan oleh mahkamah bagi memastikan tiada kesalahan berlaku dalam proses tersebut.

ADVERTISEMENT

Perbicaraan Kes Syamsul Yusof

Untuk makluman, perbicaraan kes penceraian Syamsul Yusof dan Ira Kazar dijadualkan berlangsung pada Selasa depan. Keputusan mahkamah akan menentukan masa depan hubungan mereka.

Source :
TikTok: @maisarahmustafa10
Tags: Syamsul Yusof

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita β€” penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved