senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Sukan Sukma Versi Siput: Lumba Siput Sedut Curi Tumpuan Netizen Malaysia!

leav by leav
August 22, 2024
in Netizen
Sukan Sukma Versi Siput: Lumba Siput Sedut Curi Tumpuan Netizen Malaysia!
1
SHARES
80
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Baru-baru ini, dunia TikTok dikejutkan dengan fenomena baru yang menghiburkan, perlumbaan siput sedut di atas tudung periuk!

Apa yang bermula sebagai hiburan kecil kini telah menarik ribuan penonton yang tidak berganjak daripada menonton siaran langsung perlumbaan ini.

Perlumbaan unik ini dikongsi oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @tansri_ash.

Menurutnya, perlumbaan siput sedut ini diadakan sebagai cara kreatif untuk memeriahkan Sukan Malaysia (Sukma) yang sedang berlangsung.

Dengan hanya menggunakan tudung periuk dan siput sedut yang masih hidup, Tansri_ash berjaya menarik perhatian ribuan penonton untuk menyaksikan perlumbaan ini secara langsung.

Apa yang menarik, perlumbaan ini persis seperti acara sukan sebenar, di mana beberapa ekor siput sedut diberi nama negeri yang diwakilinya, menjadikan acara ini lebih lucu dan menghiburkan.

@tansri_ash #tansriash #siputsedutrace #LIVEhighlights #TikTokLIVE #fypシツ ♬ original sound – Tansri_ash

Setakat ini, lebih daripada 40,000 pengikut telah menyaksikan perlumbaan ini dan siaran langsungnya telah menerima 2 juta tanda suka, menunjukkan betapa popularnya hiburan ini.

Di ruangan komen, ramai penonton berseloroh mengatakan bahawa hiburan seperti ini adalah apa yang mereka perlukan untuk menghilangkan stress.

ADVERTISEMENT

Ada juga yang terkejut melihat begitu ramai orang terjebak menonton perlumbaan siput sedut ini, seolah-olah ia adalah acara sukan yang sebenar.

Jika anda seorang pengguna TikTok yang aktif, pasti anda sudah beberapa kali terlihat perlumbaan ini di media sosial anda.

Jadi, negeri mana yang anda ‘pegang’ dalam perlumbaan siput sedut ini?

Source :
TikTok: @tansri_ash
ADVERTISEMENT
Tags: siput sedut

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    439 shares
    Share 176 Tweet 110
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    265 shares
    Share 106 Tweet 66
  • 15 Tempat Menarik Di Maran Pahang Untuk Diterokai

    78 shares
    Share 31 Tweet 20
  • 12 Tempat Menarik Di Mukah Untuk Dikunjungi

    49 shares
    Share 20 Tweet 12
  • 16 Tempat Menarik Di Sabak Bernam Selangor Terkini

    223 shares
    Share 89 Tweet 56

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved