Acara Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak bukan sahaja menyaksikan kehebatan para atlet muda, tetapi juga mencetuskan perasaan yang mendalam di kalangan netizen.
Seorang atlet taekwondo dari Terengganu, Fu Ceen Put Thai, telah menggemparkan warganet apabila beliau mengumumkan bahawa dirinya telah memeluk agama Islam selepas memenangi pingat emas dalam acara taekwondo.
Menurut laporan Harakah Daily, Fu Ceen, yang berusia 21 tahun, telah terbuka hati untuk memeluk Islam sejak Disember tahun lalu.
Keputusan ini dibuat setelah dia tertarik dengan kehidupan yang ditampilkan oleh pelakon-pelakon utama seperti Adi Putra dan Mira Filzah, yang membuatnya lebih ingin mendalami agama Islam.
Namun, Fu Ceen tidak berkongsi tentang keputusannya memeluk Islam kepada ahli keluarganya sehinggalah selepas kejayaan beliau di SUKMA.
Beliau merahsiakan hal ini kerana ingin menunggu masa yang sesuai dan bimbang akan perasaan ibunya.
“Saya tahu ibu akan terkejut dan mungkin sukar menerima keputusan saya, jadi saya tunggu masa yang sesuai untuk memberitahunya. Selepas kemenangan ini, saya memilih untuk melakukan sujud syukur sebagai tanda terima kasih kepada Allah, dan pada masa itu saya beritahu ibu tentang keputusan saya memeluk Islam,” katanya.
Pada mulanya, ibunya agak sukar untuk menerima keputusan tersebut, mungkin kerana dia merasa terkilan apabila mengetahui hal ini lebih lewat berbanding orang lain.
Namun, Fu Ceen terus memujuk dan cuba membuat ibunya memahami keputusan yang telah diambil.
Kejayaan Fu Ceen di SUKMA 2024 turut menambah manisnya perjalanan hidup beliau yang baru ini.
Dalam perlawanan final, beliau berjaya menewaskan peserta dari Perlis, Muhammad Rafieqqie Danish Md Roshidi dengan keputusan 13-2, walaupun ini merupakan kali pertama beliau beraksi di SUKMA.
@timothyzxhra Welcome to the fam, brother 💫✨ #SUKMA #sukma2024 #taekwondo #taekwondowtf #worldtaekwondo #terengganu #athlete ♬ الصوت الأصلي – الصَمِت"𓁹
Perjalanan Fu Ceen ini telah menyentuh hati ramai, bukan sahaja kerana kejayaannya dalam sukan, tetapi juga keberanian dan ketulusan hatinya dalam mengikuti jalan hidup yang dipilihnya.