senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hiburan Gosip

“Sakit, Pa. Maaf Pa, Sakit” – Tokoh Agama Terkenal Pukul Isteri Guna Paip PVC

leav by leav
August 28, 2024
in Gosip
“Sakit, Pa. Maaf Pa, Sakit” – Tokoh Agama Terkenal Pukul Isteri Guna Paip PVC
61
SHARES
6.1k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Seorang tokoh agama terkenal di Surabaya, Jawa Timur, kini menjadi perhatian ramai selepas didakwa melakukan keganasan terhadap isterinya, Sherly.

Insiden ini telah menimbulkan kekecohan selepas rakaman penderaan tersebut tersebar luas di media sosial, lapor Beritasatu.com.

Memetik laporan Kosmo! , dalam rakaman yang tular pada Jumaat lalu, lelaki yang dikenali sebagai MH itu dilihat memukul kepala dan menendang perut isterinya.

Sherly yang menjerit kesakitan semasa dipukul, terus merayu dengan berkata, “Sakit, Pa. Maaf Pa, sakit,” tetapi rayuannya tidak diendahkan oleh suaminya.

Lebih mengejutkan, MH nekad mengambil paip PVC dari dalam almari dan menggunakannya untuk memukul Sherly tanpa rasa belas kasihan, meskipun isterinya terus menjerit meminta ampun.

Rakaman tersebut juga menunjukkan dua individu, dipercayai anak-anak mereka, cuba menghentikan perbuatan kejam itu namun gagal.

Kejadian ini mendapat perhatian umum selepas peguam Sherly, Cak Sholeh, memuat naik video dan kenyataan di TikTok, mendedahkan bahawa Sherly telah menjadi mangsa keganasan rumah tangga selama bertahun-tahun.

Menurut Cak Sholeh, suaminya yang juga seorang pengacara dan tokoh agama, adalah pelaku penderaan tersebut.

ADVERTISEMENT

“Kes penderaan ini kini sedang disiasat,” tambah Cak Sholeh.

Insiden ini menimbulkan rasa marah dan sedih di kalangan netizen, terutamanya memandangkan MH adalah seorang yang dikenali dalam masyarakat sebagai tokoh agama.

Ramai yang menyeru agar keadilan ditegakkan dan penderaan seperti ini tidak dibiarkan berlarutan.

ADVERTISEMENT
BACA JUGA  "Macam Ni Rupanya Lauk Orang Kaya," - Antara Menu Hidangan Di Majlis Putera Mateen
Tags: ustaz

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved