senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Terselamat Musibah Tanah Jelus KL: Haridath Memeluk Islam Temui Cinta Ilahi

leav by leav
August 29, 2024
in Netizen, Travel
Terselamat Musibah Tanah Jelus KL: Haridath Memeluk Islam Temui Cinta Ilahi
28
SHARES
2.8k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Sejak 23 Ogos lalu, pasukan penyelamat gigih menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warga India yang terperangkap dalam kejadian tanah jerlus di kawasan Masjid India, Kuala Lumpur.

Walaupun lubang itu nampak kecil di permukaan, rupa-rupanya ia sangat dalam, dengan arus air yang sangat kuat di bawahnya.

Kisah Selamat Daripada Tanah Jerlus Membawa Kepada Hidayah

Dalam kejadian itu, berita baik dikongsikan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di Masjid Negara. Seorang lelaki Malaysia berbangsa India, Haridath, yang terselamat dalam insiden tersebut, datang ke pejabat ABIM dengan niat yang murni.

Dia menyatakan hasrat untuk memeluk agama Islam selepas melalui pengalaman menakutkan itu.

Rasa Yakin Bahawa Allah Menyelamatkannya

Melalui rakaman CCTV yang tular, dapat dilihat bahawa Encik Haridath hampir menjadi mangsa tanah jerlus. Mujur, dia berjaya menyelamatkan diri dan naik semula ke permukaan.

Insiden itu telah menyentuh hati Encik Haridath, membuatkan dia yakin bahawa Allah telah menyelamatkannya pada hari tersebut. Dengan keyakinan itu, dia memutuskan untuk memeluk agama Islam.

ADVERTISEMENT

Doa Agar Allah Memberikan Taufik dan Hidayah

Encik Haridath, seorang bujang berusia 48 tahun yang telah kehilangan kedua-dua ibu bapanya, memilih nama baru “Harizan” selepas memeluk Islam.

Siapa sangka pada usia sebegitu, hidayah Allah hadir secara tiba-tiba, membawa cahaya iman kepada insan yang terpilih.

Source :
Sistem Guru Online
ADVERTISEMENT
BACA JUGA  13 Tempat Menarik Di Sik Kedah Untuk Singgah
Tags: Kuala Lumpur

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved