Barangan antik memang selalunya dihargai tinggi kerana keunikan dan nilai sentimentalnya, tapi lain pula ceritanya dengan kisah seorang lelaki yang menjual basikal tua di Facebook.
Iklan yang tular ini telah mengundang persoalan dan kritikan ramai apabila lelaki tersebut menawarkan 10 basikal tua berharga RM1,000 sebuah walaupun sudah berkarat dan hampir rosak sepenuhnya.
Basikal karat jadi tumpuan
Dalam hantaran itu, lelaki itu dilihat serius menjual basikal lamanya dan sempat berunding dengan pembeli, malah menawarkan diri untuk berjumpa di Tanah Merah, Kelantan.
Selain itu, beliau juga boleh menguruskan penghantaran bagi yang berminat dengan basikal berkarat ini.

Walau bagaimanapun, netizen mula mempersoalkan harganya yang dianggap tidak masuk akal.
Melihat kepada keadaan basikal yang berkarat sepenuhnya, ramai beranggapan RM1,000 untuk sebuah basikal dalam keadaan sedemikian adalah terlalu mahal.
Ramai keliru dengan harga
Rata-rata netizen menyuarakan pendapat bahawa dengan harga ini, seseorang boleh mendapatkan basikal baharu atau antik yang diselenggara dengan lebih baik.
Malah, dalam kumpulan jualan basikal antik, basikal dalam keadaan jauh lebih baik ditawarkan sekitar RM350 hingga RM850 sahaja.
Manipulasi harga?
Keadaan ini turut mencetuskan perbincangan mengenai taktik segelintir individu yang sengaja menaikkan harga barangan antik, walaupun keadaan mereka masih jauh dari memuaskan.
Ada yang berpendapat, strategi ini mungkin bertujuan untuk mendapatkan lebih banyak keuntungan, sementara yang lain merasakan ia adalah satu bentuk manipulasi harga yang tidak adil.