senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Tular Wanita Tak Suka Dipanggil ‘Akak’ Ketika Beli Pisang Goreng, Wajib Panggil Puan

leav by leav
September 6, 2024
in Netizen
gambar hiasan
23
SHARES
2.3k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Baru-baru ini, seorang wanita mencetuskan perbincangan hangat di media sosial apabila meluahkan rasa tidak puas hati dengan panggilan ‘akak’.

Menurutnya, panggilan tersebut kurang sesuai dan lebih elok jika diganti dengan ‘puan’, terutama sekali jika seseorang itu sudah berkahwin.

Wanita itu berpendapat bahawa panggilan seperti ‘akak’ tidak wajar digunakan oleh orang yang tidak dikenali, walaupun dalam situasi jual beli kecil seperti membeli pisang goreng.

Dia juga menyarankan agar panggilan ‘puan’ atau ‘cik puan’ digunakan sebagai tanda hormat.

“Please ya, jangan normalisasi panggil orang akak, tak manis! Sama juga untuk berlainan gender.

Kalau tak tahu sangat nak panggil, panggil la ‘puan’ kalau tahu statusnya isteri orang.

Kalau tak tahu memadai panggil cik puan. Takkan itu pun kena ajar? Lagi-lagi orang sales, panggil akak ingat konon-konon ramah ke?”

ADVERTISEMENT

“Boleh je apply even untuk orang jual goreng pisang, itu kita panggil manners (adab).

Kalau orang tu dulu bahasakan diri dia akak then okay lah tapi ini nak mulakan perbualan.

Bukan semua orang suka dipanggil akak, lagi-lagi orang yang panggil tu nampak lebih berusia”

Namun, pandangan wanita ini menerima kecaman hebat daripada netizen.

ADVERTISEMENT

Ramai yang berpendapat bahawa panggilan ‘akak’ sudah menjadi satu kebiasaan dalam budaya masyarakat sebagai tanda hormat, dan perkara ini tidak perlu diperbesarkan.

Ada juga netizen yang berkongsi pengalaman sebagai peniaga, di mana mereka cuba menggunakan panggilan formal seperti ‘puan’, tetapi ada pelanggan yang marah kerana mereka lebih suka dipanggil ‘akak’.

Ini menimbulkan dilema buat peniaga yang sibuk dan tidak mempunyai masa untuk memeriksa latar belakang pelanggan sebelum memilih panggilan yang sesuai.

BACA JUGA  Pilihan Antara Keluarga & Sukan: Azizulhasni Awang Pertimbang Semula Persaraan

Ramai netizen menasihatkan agar tidak terlalu sensitif dalam hal ini dan lebih berlapang dada dalam menerima panggilan biasa seperti ‘akak’.

Jika tidak selesa dengan interaksi orang luar, ada yang bergurau agar lebih baik memasak di rumah.

Source :
Threads: @aziraakila, Facebook
Tags: netizenpisang goreng

Popular Minggu Ini

  • Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    59 shares
    Share 24 Tweet 15
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    254 shares
    Share 102 Tweet 64
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    138 shares
    Share 55 Tweet 35
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    415 shares
    Share 166 Tweet 104
  • Teman Malaysia: Servis Bawa Warga Tua ke Hospital, Jaga di Rumah dan Berjalan-jalan

    1 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved