senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Dunia

Ikan Emas Terbesar Di Dunia, ‘The Carrot’ Mati Di Usia 20 Tahun

leav by leav
September 9, 2024
in Dunia
Ikan Emas Terbesar Di Dunia, ‘The Carrot’ Mati Di Usia 20 Tahun
1
SHARES
79
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Seekor ikan emas terbesar di dunia, dikenali sebagai ‘The Carrot’, ditemui mati pada usia lebih kurang 20 tahun di sebuah tasik kat Champagne, Perancis.

Ikan ni terkenal sebab saiz luar biasa dan warna jingganya yang sangat terang, dengan berat mencecah 30 kilogram!

Lapor DailyMail.co.uk, The Carrot dikatakan mati sebab dah tua.

Ramai pemancing dari serata Eropah pernah cuba tangkap The Carrot, tapi setiap kali berjaya, mereka lepaskan balik ikan tu ke dalam tasik.

Ikan ni jadi lagenda, ramai yang datang semata-mata nak tengok atau cuba nasib untuk tangkap ikan emas gergasi ni.

The Carrot mula dilepaskan ke dalam Tasik Bluewater kira-kira 20 tahun lepas. Tasik tu dimiliki oleh Gary Tardi, seorang warga British.

Bila dapat tahu The Carrot dah mati, Gary dan team dia memang sedih sangat.

“Kami letakkan The Carrot kat sini lebih kurang 20 tahun lepas. Bila tahu dia dah tiada, rasa macam hancur hati kami,” kata wakil dari tasik tu.

ADVERTISEMENT

Walaupun The Carrot dah tak ada, dia tinggalkan dua ekor anak ikan di tasik tu.

Salah seekor anak ikan ni pun dah besar, berat dia lebih kurang 18.14 kilogram.

Jadi, nampaknya legasi ikan emas gergasi ni masih ada lagi kat tasik tu, meneruskan warisan The Carrot.

Source :
Dailymail.co.uk
ADVERTISEMENT
BACA JUGA  Mahu Timang Bayi Lelaki, Wanita Hamil Ketuk Paku Ke Dalam Kepala
Tags: ikan emas

Popular Minggu Ini

  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved