Pelakon terkenal, Nur Fazura mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap suaminya, Fattah Amin hari ini.
Susulan berita yang mendukacitakan ini, Fazura dilihat berkongsi satu hantaran di Instagram yang mendapat perhatian ramai.
Dalam hantaran tersebut, Fazura memuat naik gambar hitam putih dirinya yang kelihatan seolah-olah sedang berduka. Gambar itu disertai dengan petikan kata-kata indah dari penyair terkenal Rumi:
“It’s your road and yours alone, others may walk it with you, but no one can walk it for you 🕊️ ~ Rumi”
Petikan itu seolah-olah memberi bayangan bahawa Fazura sedang melalui satu perjalanan yang sangat peribadi, di mana hanya dia sendiri yang mampu menghadapi cabaran hidupnya.
Dalam terjemahan bebasnya, Fazura menyatakan:
“Ini jalan kamu dan kamu sendirian, orang lain mungkin boleh hadir bersama-sama tetapi tidak ada yang akan mampu melakukan sesuatu untuk kamu.”
Hantaran itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang turut terkejut dengan berita perceraian ini.
Ramai yang meninggalkan komen mendoakan agar Fazura terus tabah menghadapi ujian hidup dan sentiasa kuat untuk masa depan.
Untuk makluman, Fazura dan Fattah Amin telah mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun.
Hari ini, pelakon itu memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, sekaligus mengejutkan ramai peminat mereka.