senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Khairul Aming Dipersoal Netizen – Semua Staf Orang Melayu, Kenapa?

leav by leav
September 17, 2024
in Netizen
Khairul Aming Dipersoal Netizen – Semua Staf Orang Melayu, Kenapa?
89
SHARES
8.9k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Khairul Aming, nama yang tak asing lagi dalam dunia media sosial, terkenal sebagai seorang usahawan yang berjaya dan sangat dekat dengan peminatnya.

Tapi baru-baru ni, Khairul jadi buah mulut netizen lepas mereka perasan sesuatu tentang staf-staf dia. Semuanya berbangsa Melayu.

Ada yang persoalkan, “Tak ada ke staf dari bangsa lain?”

You preach about unity, but your staff are all Malay? https://t.co/nQJ6Xr6q3W

— CEASEFIRE NOW🏳️‍🌈 🍉 (@Sivavmn) September 16, 2024

Kisah ni timbul masa Khairul Aming bawa 100 staf syarikatnya bercuti selama 5 hari di Pulau Pinang.

Bukan setakat bercuti biasa, tapi Khairul layan staf dia macam raja! Kilang tutup, mereka semua dibawa menginap di hotel 5 bintang, siap bagi duit poket lagi untuk shopping.

Aktiviti-aktiviti yang disediakan pun mewah. Dari escape park, parasailing, banana boat, jet ski, jalan-jalan di George Town, makan nasi kandar, sampai makan malam eksklusif.

Ramai yang puji tindakan baik hati Khairul Aming ni.

ADVERTISEMENT

Rata-rata netizen kagum dengan cara dia menjaga pekerja, dan tak kurang juga yang tumpang bangga.

Tapi disebalik semua pujian tu, ada juga netizen yang mula mempertikaikan kenapa semua staf dia berbangsa Melayu?

Ada netizen yang pertahankan, dengan mengatakan populasi Kelantan, tempat asal Khairul, dimana kilangnya beroperasi memang majoritinya Melayu – 96% Melayu, 3.8% Cina, dan 0.3% India, jadi tak hairanlah kalau staf-staf dia kebanyakannya Melayu (Statistik: Wikipedia).

Selain tu, ada juga netizen yang cakap, jenis perniagaan yang Khairul ceburi mungkin tak sesuai untuk staf bukan Islam sebab barang dagangan yang berkaitan dengan makanan.

ADVERTISEMENT

Ada yang mencadangkan supaya mereka yang persoalkan tu, datang dengan bukti kukuh kalau betul Khairul tolak permohonan kerja dari kaum lain.

BACA JUGA  "Ghisau Nanti Dia Makan Kau" - Perangai Pelik Gadis Makan Ikan Mentah Berdarah

Setakat ni, Khairul Aming masih belum keluarkan kenyataan rasmi mengenai isu ni.

Tapi, satu benda yang pasti, Khairul Aming memang dikenali sebagai seorang usahawan yang sangat bangga dengan perniagaan Melayu, dan selalu memberi inspirasi kepada usahawan lain untuk capai kejayaan!

Source :
X
Tags: Khairul Aming

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di bachok

    15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    230 shares
    Share 92 Tweet 58
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    425 shares
    Share 170 Tweet 106
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    119 shares
    Share 48 Tweet 30
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    259 shares
    Share 104 Tweet 65
  • 15 Tempat Menarik Di Maran Pahang Untuk Diterokai

    74 shares
    Share 30 Tweet 19

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved