senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hiburan Gosip

Kunjungan IShowSpeed Ke Malaysia: Dari Apam Balik Hingga Burger Ramly

leav by leav
September 18, 2024
in Gosip
Kunjungan IShowSpeed Ke Malaysia: Dari Apam Balik Hingga Burger Ramly
6
SHARES
552
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

IShowSpeed, seorang YouTuber terkenal, baru-baru ini menggemparkan Malaysia dengan lawatannya.

Dari detik pertama tiba, IShowSpeed terus mencuri perhatian ramai, terutama ketika dia mencuba pelbagai makanan tempatan.

Apam balik yang dijual di kaki lima menjadi pilihan pertamanya.

Tapi, makanan yang paling mencabar buat dia adalah durian. Siapa yang tak kenal durian?

Buah eksotik ini terkenal dengan baunya yang kuat dan rasa unik.

IShowSpeed mengalami detik mencemaskan ketika dia hampir tercekik durian Musang King dalam siaran langsung!

ADVERTISEMENT

Dia makan sekali dengan bijinya, buat peminatnya gelak sambil ingatkan dia untuk lebih berhati-hati.

Selain itu, nasi lemak pun dia cuba. Nasi lemak yang ikonik dengan sambal pedas, ikan bilis, dan pelbagai lauk ternyata terlalu pedas untuk dia.

View this post on Instagram

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Tak sempat habiskan pun sebab kepedasannya! 😂

Tak lengkap kalau datang Malaysia tak cuba Burger Ramly.

ADVERTISEMENT

IShowSpeed sangat teruja bila pertama kali tengok burger ini dibalut dengan telur. Katanya, dia tak pernah jumpa burger macam ni sebelum ini! Dia siap melompat kegembiraan lepas gigit pertama.

Terus jatuh cinta dengan rasa burger tempatan kita.

Dia juga sempat menikmati snek popular Malaysia seperti Super Ring, keropok Mi Mi, dan Rota.

Super Ring paling kena dengan selera dia.

Dalam satu video, dia cakap, “Super Ring adalah yang terbaik!” Sampai sanggup bayar lebih sebab terlalu suka.

Selain makan-makan, IShowSpeed juga cuba belajar menunggang Yamaha Y15ZR buat kali pertama.

Tapi, hampir terbabas pula! Video detik ini pun tular, buat peminat ketawa tapi risau pada masa yang sama.

Kedatangan IShowSpeed ke Malaysia memang menggegarkan, dan dia sangat menikmati pengalaman bersama peminat serta makanan tempatan kita.

Dari apam balik ke durian, memang penuh dengan keterujaan!

Tags: IShowSpeed

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    439 shares
    Share 176 Tweet 110
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    265 shares
    Share 106 Tweet 66
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    152 shares
    Share 61 Tweet 38
  • 15 Tempat Menarik Di Maran Pahang Untuk Diterokai

    78 shares
    Share 31 Tweet 20
  • 12 Tempat Menarik Di Mukah Untuk Dikunjungi

    49 shares
    Share 20 Tweet 12

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved