Korang penyokong Messi atau Ronaldo? Baru-baru ni, peminat Messi mungkin rasa panas sikit sebab Portugal baru je lancarkan syiling khas dengan wajah Cristiano Ronaldo!
Bayangkan, muka CR7 kat syiling €7 (RM32).
Lain macam Portugal ni, berani betul letak wajah bintang bola sepak daripada letak pemimpin negara.
Syiling ni bukan calang-calang tau, ia terinspirasi dari jersi ikonik Ronaldo dan sebagai tanda penghormatan untuk karier cemerlang dia.
Tapi itulah, siapa yang tak kenal Ronaldo kan? Figura legenda bolasepak kini!
Penjaring terbanyak sepanjang zaman bagi Portugal dengan 130 gol, juara Euro 2016, dan Liga Negara-Negara pada 2019.
Memang patutlah dia dapat penghormatan macam ni!
Menariknya, syiling tu ada wajah Ronaldo yang tampak gah, siap ada perkataan ‘CR7’ yang timbul kat permukaannya.

Pakar duit syiling, Dan Barret, siap kata syiling ni bakal jadi rebutan pengumpul syiling seluruh dunia.
Bukan setakat di padang bola, Ronaldo juga power kat media sosial, jadi individu pertama yang ada lebih 1 bilion pengikut!
Sekarang, dia pulak jadi wajah syiling rasmi Portugal.
Memang legend betul!
Dengan lebih 900 gol sepanjang karier, Ronaldo dah bagi hint dia nak jadi pemain pertama yang cecah 1,000 gol sebelum bersara.
Tak mustahil kan?
Tapi, macam mana pulak reaksi penyokong Messi?
Nampaknya penyokong Messi dorang kena bersiap sedia untuk terima hakikat yang Ronaldo mungkin akan capai lebih banyak kejayaan dalam dunia bola sepak ni.