Baru-baru ini, Perlis buat langkah berani dengan mengisytiharkan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) sebagai ajaran sesat.
Ini menjadikan Perlis negeri pertama di Malaysia yang ambil keputusan ni.
Pengumuman ni dibuat oleh Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis.
Apa Itu GISBH?
Mungkin ramai yang pernah dengar pasal GISBH.
Tapi selepas siasatan terperinci, Jawatankuasa Fatwa mendapati ajaran yang dibawa oleh GISBH ni menyimpang jauh dari prinsip Islam yang sebenar.
Menurut mufti, GISBH ni sebenarnya kesinambungan daripada kumpulan Al-Arqam yang dulu dah diisytiharkan sesat.
Kenapa GISBH Dianggap Sesat?
Menurut laporan, GISBH dianggap sesat sebab dorang terlalu memuliakan pemimpin mereka, sampai ada yang percaya pemimpin tu setaraf dengan Nabi Muhammad SAW.
Bayangkan, ada yang yakin pemimpin mereka boleh buat mukjizat dan tahu perkara ghaib!
Ini jelas menyeleweng dari ajaran Islam sebenar.
Mufti Perlis juga cakap pengikut GISBH ni patuh buta kepada arahan pemimpin mereka walaupun benda tu bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah.
Pengaruh Kultus
Sifat kultus ni memang bahaya.
Pengikut-pengikut GISBH bukan je patuh tanpa soal, tapi ada yang percaya pemimpin mereka yang dah meninggal dunia masih hidup dan boleh bagi tunjuk ajar.
Ada jugak yang sampai ambil “berkat” dari tubuh pemimpin mereka!
Memang tak masuk akal!
Model Ekonomi GISBH Dipertikai
Bukan setakat ajaran, model ekonomi GISBH pun dipersoalkan.
Jawatankuasa Fatwa dapati GISBH eksploitasi ahli mereka, termasuk wanita dan kanak-kanak, untuk kepentingan pihak tertentu.
Model ekonomi macam ni jelas tak ikut prinsip Islam yang sebenar.
Langkah Pemulihan
Untuk bantu bekas ahli GISBH yang nak kembali ke jalan yang betul, jawatankuasa mencadangkan bantuan zakat untuk pendidikan dan bimbingan pekerjaan.
Sekolah-sekolah Ahli Sunnah Wal Jamaah juga diseru untuk terima anak-anak bekas ahli GISBH supaya mereka dapat pendidikan yang sewajarnya.
Akhir kata, Fatwa ni jelas menunjukkan komitmen Perlis dalam melindungi umat Islam daripada ajaran sesat.
Harapnya, lebih ramai pengikut GISBH akan sedar dan kembali ke jalan yang benar.
Jom sama-sama kita berdoa agar mereka yang terperangkap dapat kembali ke pangkal jalan.