Baru-baru ni, lagu bertajuk “Pasar Ikhwan Di Putrajaya” jadi bualan hangat netizen di media sosial.
Lagu yang dinyanyikan oleh ahli kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) ni tiba-tiba tular dan dijadikan bahan parodi oleh sebilangan orang.
Tapi, nampaknya perkara ni mula menarik perhatian pihak berkuasa.
Menurut Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang giat memantau semua kandungan yang berkaitan GISBH, termasuk video lagu yang viral ni. (BERNAMA)
Kalau ada aduan atau permintaan, MCMC akan bekerjasama dengan agensi bertanggungjawab untuk menyiasat perkara ni dengan lebih mendalam.
Malah, tindakan seperti menurunkan parodi dari platform media sosial juga mungkin diambil jika perlu.
Teo Nie Ching turut ingatkan orang ramai untuk ikut nasihat daripada pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan polis, terutama bila melibatkan isu-isu sensitif macam ni.
Katanya, kalau ada laporan, tindakan akan diambil.
Isu ni timbul sebab lagu tu ada kaitan dengan ahli kumpulan yang terlibat dengan pengasas Al-Arqam.
Disebabkan itu, ramai yang jadikan lagu ni sebagai bahan jenaka di pelbagai platform media sosial.
Apa pun, sekarang semuanya sedang dipantau oleh MCMC.
Jadi, korang yang suka buat parodi atau kongsi benda-benda viral, kena berhati-hati juga ya!