senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Tunggakan PTPTN: Gaji Akan Dipotong Automatik? Cadangan Baru untuk Peminjam!

leav by leav
September 24, 2024
in Netizen
Tunggakan PTPTN: Gaji Akan Dipotong Automatik? Cadangan Baru untuk Peminjam!
2
SHARES
194
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Baru-baru ni, MCA (Malaysian Chinese Association) ada cadangan yang agak kontroversi. Mereka nak kerajaan beri kuasa kepada majikan untuk potong gaji secara automatik bagi peminjam PTPTN yang degil tak bayar balik pinjaman.

Korang tau tak, statistik menunjukkan ada lebih kurang 430,000 peminjam yang langsung tak pernah bayar, walaupun dah bertahun-tahun bergraduat! Jadi, macam mana cadangan ni boleh bantu?

Potongan Gaji Automatik, Mudahkan Proses?

Cadangan ni sebenarnya bertujuan untuk memudahkan proses pembayaran balik PTPTN.

Dengan potongan gaji automatik, peminjam tak payah risau nak urus pelan pembayaran yang mungkin pening kepala nak setel.

Lagi satu, ia boleh elakkan peminjam daripada terjebak dengan tindakan undang-undang atau disenarai hitam yang boleh ganggu rancangan korang nak melancong ke luar negara atau mohon pinjaman lain.

Kenapa Cadangan Ni Timbul?

Sekarang ni, ramai peminjam yang susah nak urus pembayaran balik, sama ada sebab komitmen lain atau kurangnya pemahaman cara bayar yang betul.

Masalah ni boleh bawa kepada blacklist PTPTN, dan korang tau kan, bila kena blacklist, habislah nak travel atau buat apa-apa yang perlukan pinjaman.

Majikan Jadi ‘Pembantu’ Pembayaran?

Jadi, dengan cadangan MCA ni, mereka nak majikan tolong ambil alih sikit tanggungjawab.

ADVERTISEMENT

Majikan akan potong gaji peminjam secara automatik untuk bayar PTPTN.

Dalam masa yang sama, cadangan ni boleh lindungi kewangan PTPTN dan jugak skor kredit korang, supaya tak terjejas teruk.

Impak dan Isu

Walaupun cadangan ni nampak membantu, ada jugak beberapa isu yang boleh timbul.

Antaranya, hak pekerja dan privasi bila bab potong gaji ni dibincangkan.

ADVERTISEMENT

Tak semua orang selesa bila gaji dipotong secara automatik, kan?

BACA JUGA  Aiskrim Unik Perisa Ubat Batuk Cap Ibu & Anak

Lagipun, majikan pun kena ada tanggungjawab lebih kalau sistem ni dilaksanakan.

Adil Ke Tak?

Akhir kata, cadangan ni nampak macam satu cara untuk pastikan peminjam PTPTN lebih bertanggungjawab dalam pembayaran balik.

Tapi, ramai kata kena tengok jugak dari sudut hak pekerja dan macam mana majikan boleh bantu dengan cara yang adil.

Apa pandangan korang? Setuju atau rasa benda ni akan jadi isu besar?

Source :
malaysiatribune.news, bharian.com.my, mysyarikat.com
Tags: ptptn

Popular Minggu Ini

  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved