senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Info

6 Ajaran Sesat Yang Menakutkan Di Dunia

leav by leav
September 25, 2024
in Info
6 Ajaran Sesat Yang Menakutkan Di Dunia
23
SHARES
2.3k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Ajaran sesat telah lama mencetuskan kebimbangan di pelbagai negara, sering dikaitkan dengan aktiviti berbahaya dan ekstrem.

Ya, di seluruh dunia, ada kumpulan-kumpulan yang pegang kepercayaan pelik yang kadang-kadang susah nak percaya!

Berikut adalah beberapa kumpulan ajaran sesat yang terkenal di dunia serta impak negatif yang dibawa oleh kepercayaan mereka!

Heaven’s Gate

Heaven’s Gate ni diasaskan pada tahun 1970-an oleh Marshall Applewhite dan Bonnie Nettles. Mereka percaya yang tubuh manusia ni cuma “kenderaan” untuk jiwa je.

Lagi aneh, mereka yakin akan diambil oleh makhluk asing yang naik kapal angkasa! Serius, bukan cerita sci-fi ni.

Pada tahun 1997, seramai 39 orang dalam kumpulan ni pilih untuk bunuh diri secara berjemaah sebab mereka nak “beralih” ke satu tahap hidup yang lain.

Tragis kan?

ADVERTISEMENT

The People’s Temple

Kalau korang pernah dengar pasal kisah Jonestown, inilah kumpulan yang buat sejarah hitam tu. Jim Jones mula-mula bangunkan kumpulan ni dengan ajaran tentang hak sama rata dan keadilan sosial.

Tetapi dari masa ke masa, Jones semakin mengawal pengikutnya sehingga pada satu ketika pada tahun 1978, lebih daripada 900 orang membunuh diri secara beramai-ramai di Guyana.

Seram kan? Kumpulan ni bermula dengan niat yang baik, tetapi akhirnya menjadi bencana besar.

ADVERTISEMENT

Aum Shinrikyo

Kumpulan ni berasal dari Jepun dan diasaskan oleh Shoko Asahara.

Mereka ni terlibat dalam serangan gas sarin di Tokyo pada tahun 1995 yang mengorbankan 13 nyawa dan mencederakan ribuan.

Apa yang pelik, ajaran mereka campurkan elemen-elemen Hindu, Buddha, dan ramalan hari kiamat. Kumpulan ni juga terkenal sebab cuba hasilkan senjata kimia. Ganas!

Doomsday Cult Kenya

Di Kenya, ada seorang pastor bernama Paul Mackenzie yang menyuruh pengikutnya berpuasa sampai mati. Katanya, itulah cara nak jumpa Jesus.

BACA JUGA  Apa Beza Hari Wesak Dengan Deepavali

Pada tahun 2023, lebih dari 440 mayat ditemui di dalam kubur cetek di Hutan Shakahola. Benda ni buat satu dunia terkejut besar. Seram sangat!

Children of God

Kumpulan ni diasaskan oleh David Berg pada tahun 1968, dan diajar ajaran yang sangat kontroversi tentang seks melibatkan kanak-kanak.

Walaupun nama kumpulan ni dah tukar kepada Famili International, sejarah gelap mereka masih menjadi buah mulut orang hingga sekarang.

Kalau korang dengar cerita dari bekas pengikut, memang tak sanggup nak bayangkan apa yang mereka lalui.

7M TikTok

Kumpulan 7M TikTok yang diketuai oleh pastor Robert Shinn dari Los Angeles kini jadi perhatian kerana tuduhan berat terhadapnya.

Shinn, yang juga pemilik bersama 7M Films ni, dituduh terlibat dalam serangan seksual dan eksploitasi terhadap pengikut-pengikutnya.

Bekas ahli kumpulan seperti Melanie dan Priscylla Lee juga mendakwa Shinn menggunakan kuasanya untuk memaksa mereka melakukan hubungan seksual, mengawal kewangan dengan ketat, dan memisahkan ahli kumpulan dari keluarga mereka.

Walaupun ada mangsa yang sudah membuat aduan, setakat ni tiada pertuduhan jenayah dikenakan terhadap Shinn.

Kes ni sedang dalam proses perbicaraan sivil yang dijadualkan berlangsung pada Julai 2025, dan ia menimbulkan persoalan besar tentang penyalahgunaan kuasa dalam konteks agama.

Meninggalkan kesan yang mendalam

Akhir kata, kumpulan-kumpulan ni buat kita sedar yang manusia boleh mudah terpengaruh dengan kepercayaan yang pelik, lebih-lebih lagi bila dipimpin oleh seseorang yang pandai manipulasi emosi.

Apa yang pasti, ajaran sesat ni tinggalkan kesan yang mendalam dan tragik kepada pengikut dan keluarga mereka.

Ajaran sesat terus menjadi isu global yang memerlukan perhatian serius dari semua pihak.

Dengan tindakan tegas dan kesedaran masyarakat, adalah mungkin untuk mengurangkan pengaruh negatif ajaran ini dan melindungi individu daripada manipulasi psikologi serta eksploitasi.

Source :
allthatsinteresting.com, cbsnews.com, britannica.com, uua.org, academic.oup.com
BACA JUGA  IKEA Sarawak on the way, online platform dah onz.
Tags: ajaran sesat

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved