senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Dunia

Mark Zuckerberg Kini Orang Ke-4 Terkaya di Dunia Dengan Kekayaan $200 Bilion!

leav by leav
September 30, 2024
in Dunia
Mark Zuckerberg Kini Orang Ke-4 Terkaya di Dunia Dengan Kekayaan $200 Bilion!
1
SHARES
102
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Mark Zuckerberg, pengasas Meta yang terkenal dengan platform seperti Facebook, Instagram, WhatsApp, dan Threads, kini melompat ke tangga ke-4 dalam senarai orang terkaya di dunia.

Dalam tahun 2024 sahaja, kekayaan beliau melonjak dari kurang $100 bilion hingga mencapai lebih $200 bilion!

Fuh, naik mendadak!

Apa yang buat kekayaan Mark naik begitu cepat?

Salah satu faktor utama adalah kejayaan Meta dalam pelbagai bidang teknologi, termasuk pelaburan mereka dalam kaca mata pintar dan kecerdasan buatan (AI).

Meta AI, yang digunakan dalam pelbagai aplikasi di bawah payung Meta, kini hampir mencapai 500 juta pengguna bulanan!

Mark sendiri yakin bahawa menjelang hujung tahun 2024, Meta AI akan jadi pembantu maya dengan AI paling ramai digunakan di seluruh dunia.

ADVERTISEMENT

Bukan itu saja, baru-baru ini Mark tunjuk demo kaca mata pintar yang canggih gila.

Kaca mata ni menunjukkan bagaimana Meta jauh lebih ke depan daripada pesaing lain dalam industri.

Jelas sekali, Meta bukan setakat media sosial, tapi juga teknologi masa depan yang terus melonjakkan nilai syarikat.

Bila kekayaan Mark terus meningkat, dia kini berada di belakang tiga lagi orang kaya dunia. Elon Musk (Tesla) kekal di tangga pertama dengan $272 bilion, diikuti Jeff Bezos (Amazon) dengan $211 bilion, dan Bernard Arnault (LVMH) di tempat ketiga dengan $207 bilion.

ADVERTISEMENT

Mark Zuckerberg pula selesa di tempat keempat dengan kekayaan sebanyak $201 bilion.

Kekayaan yang luar biasa ni bukti betapa kuatnya pengaruh teknologi dalam kehidupan seharian kita sekarang, dan nampaknya Mark takkan berhenti setakat ni.

Siapa tahu, mungkin tahun depan dia akan naik lagi dalam carta orang terkaya dunia?

Source :
indiatoday
Tags: facebook

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    439 shares
    Share 176 Tweet 110
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    265 shares
    Share 106 Tweet 66
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    152 shares
    Share 61 Tweet 38
  • 15 Tempat Menarik Di Maran Pahang Untuk Diterokai

    78 shares
    Share 31 Tweet 20
  • 12 Tempat Menarik Di Mukah Untuk Dikunjungi

    49 shares
    Share 20 Tweet 12

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved