senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Dah Tak Releven! Orientasi Universiti Patut Seronok, Bukan Tempat Buli Pelajar Baharu!

leav by leav
October 4, 2024
in Netizen
Dah Tak Releven! Orientasi Universiti Patut Seronok, Bukan Tempat Buli Pelajar Baharu!
1
SHARES
116
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Korang ingat tak masa nak masuk universiti dulu? Excited, tapi dalam hati ada jugak rasa takut.

Bukan sebab subjek atau kelas, tapi sebab takut dengan minggu orientasi.

Zaman sekarang, kita dah maju, teknologi pun canggih, tapi sayangnya budaya buli atau ‘ragging’ masa minggu orientasi masih lagi wujud di sesetengah universiti.

Baru-baru ni, tular satu video kat media sosial yang tunjukkan fasilitator orientasi menjerit-jerit kat pelajar baharu.

Seriuslah, zaman sekarang masih ada benda macam ni?

Presiden Kesatuan Mahasiswa UKM, Muhammad Iman Azhar, tegas menyatakan,

“Orientasi sepatutnya bantu pelajar baru sesuaikan diri, bukan tunduk kepada amalan lama yang tak relevan.”

Apa Sebenarnya Tujuan Orientasi?

ADVERTISEMENT

Minggu orientasi sepatutnya jadi platform untuk pelajar baharu kenal kampus, kenal rakan baru, dan belajar selok-belok hidup sebagai mahasiswa.

Tapi bila budaya buli dan ‘ragging’ ni wujud, ia jadi satu pengalaman yang penuh trauma.

Bukan tu je, ia juga tak memberi apa-apa manfaat kepada pelajar.

“Kalau diteruskan budaya yang tak beri nilai tambah, minggu orientasi akan jadi satu pembaziran,” jelas Muhammad Iman lagi.

ADVERTISEMENT

Fikir balik, apa faedahnya pelajar disuruh tunduk melulu kepada senior atau fasilitator?

Adakah itu cara terbaik nak kenal universiti?

Atau cuma satu cara untuk rasa ‘kuasa’ atas pelajar baharu?

Kita sepatutnya bergerak ke depan, dan henti amalan ni.

Bina Kawan, Bukan Musuh

Minggu orientasi patut diisi dengan aktiviti yang menyeronokkan dan membina.

Aktiviti yang memupuk semangat setiakawan, toleransi, dan kasih sayang pada universiti.

Bukan memaksa pelajar untuk patuh secara melulu tanpa sebab yang jelas.

Orientasi patut jadi ruang untuk korang semua berkenal-kenalan, belajar tentang budaya universiti, dan rasa teruja untuk memulakan hidup baru.

BACA JUGA  "We Need Style, More Style…" - Netizen Luah Rasa Kecewa Dengan Pakaian Rasmi Kontinjen Malaysia Ke Olimpik Paris

Kata Muhammad Iman, orientasi perlulah ditambah dengan elemen yang lebih berguna seperti pendidikan, kenegaraan, dan kesihatan mental.

Ini baru betul-betul persediaan untuk dunia universiti.

Budaya buli? Buat apa lagi nak simpan!

Tolak Buli, Sokong Perubahan!

Kalau korang tanya pelajar-pelajar baru, mesti kebanyakan diorang pun tak suka budaya ‘ragging’ ni.

Dan kita sebagai masyarakat kampus perlu bangkit dan tolak budaya ni secara total.

Tak salah nak kenalkan pelajar dengan kehidupan universiti, tapi caranya kena betul.

Hormati hak mereka dan bantu mereka rasa selesa, bukan takut. Sebab kalau kita teruskan budaya lama ni, kita yang rugi.

Hapuskan budaya buli, dan bina minggu orientasi yang lebih bermakna. Zaman dah berubah, kita pun kena berubah.

Source :
hmetro
Tags: Universiti

Popular Minggu Ini

  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved