senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Random

Hari Batik Indonesia: IShowSpeed Pakai Batik Malaysia, Netizen Bergaduh, Tapi Patut Ke?

leav by leav
October 4, 2024
in Random
Hari Batik Indonesia: IShowSpeed Pakai Batik Malaysia, Netizen Bergaduh, Tapi Patut Ke?
7
SHARES
740
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Batik. Hanya sehelai baju, tapi tiba-tiba jadi isu besar bila selebriti YouTube, IShowSpeed, memakainya.

Isu bermula bila IShowSpeed, atau nama sebenarnya Darren Jason Watkins Jr., memilih untuk memakai baju batik semasa lawatannya ke Malaysia.

Tapi, siapa sangka, pilihan fesyen itu mencetuskan ‘perang mulut’ antara netizen Malaysia dan Indonesia?

Dalam satu video yang tular, IShowSpeed tanya kepada pemandu pelancong yang bersamanya tentang asal usul batik yang dipakainya. Pemandu tu menjelaskan ada dua jenis batik.

Yang dipakai IShowSpeed ialah batik Malaysia dengan motif bunga, manakala batik Indonesia lebih fokus pada motif haiwan atau fauna.

“Sebenarnya ada dua jenis, yang saya beri pada awak ni jenis flora. Indonesia pula jenis fauna. Asal batik (flora) dari Malaysia,” kata pemandu pelancong dalam video berkenaan.

Internet Jadi ‘Medan Perang’

Selepas video itu tular, netizen dari Indonesia mula meluahkan rasa tak puas hati. Mereka mempertahankan batik sebagai warisan asal negara mereka dan mengkritik Malaysia kerana cuba ‘mengambil’ seni budaya mereka.

Seperti biasa, netizen Malaysia pun tak diam. Ada yang membalas kembali dengan fakta tentang batik Malaysia, menjadikan situasi lebih tegang.

ADVERTISEMENT

Tapi, tak semua nak bergaduh. Ada juga netizen dari kedua-dua negara yang cuba menenangkan keadaan. Mereka kata, tak perlu nak pertikaikan budaya, sebaliknya raikan perbezaan.

Salah seorang pengguna media sosial, Azizul Farhan, yang sering berkongsi fakta sejarah, juga tampil menjelaskan perkara ini.

Speed udah googling "where is batik from", sama tour guidenya masih aja dibilang "batik is originally from Malaysian"

L country 👎🏻 pic.twitter.com/Mcb5QYfjnz

— 𝐀𝐟𝐟𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 (@AffanIbnani) September 17, 2024

Fakta Tentang Batik: Mana Asalnya?

Azizul Farhan, yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Asia Tenggara, berkata, memang betul batik asalnya dari Jawa, Indonesia. Namun, beliau juga terangkan bahawa seni batik ni dah lama wujud, sejak zaman Mesir Purba dan Tamadun Cina lagi.

BACA JUGA  Pernah Terfikir Tak Kenapa Hantu Pocong Ni Wujud?

Cuma, tanah Jawa yang paling terkenal dalam mengembangkan seni batik hingga sampai ke Tanah Melayu.

ADVERTISEMENT

Menurutnya lagi, batik Malaysia biasanya menggunakan motif bunga dan warna-warna terang, sementara batik Indonesia lebih kepada motif parang dan warna tanah yang lebih tradisional.

Jadi, memang ada perbezaan yang ketara antara kedua-dua jenis batik ni.

Kenapa Bergaduh Kalau Boleh Raikan?

Berbalik kepada IShowSpeed, batik yang dipakainya ada motif pucuk rebung dan bunga-bungaan besar di lengan.

Azizul Farhan kata, “Terpulanglah pada korang untuk menilai. Raikan perbezaan, bukan pergaduhan.”

Betul jugak tu, kan? Baju batik hanyalah satu lambang seni budaya. Bukankah lebih baik kita raikan kepelbagaian ni daripada bergaduh tentang siapa yang lebih ‘berhak’ atasnya?

Lagipun, fesyen batik ni dah mendunia. Apa salahnya kalau kita sama-sama bangga dengan warisan Asia Tenggara yang unik ni?

Semalam, Kosmo! melaporkan IShowSpeed berkunjung ke Malaysia sebagai sebahagian daripada siri jelajahnya di Asia Tenggara, termasuk Vietnam, Kemboja, Thailand, dan Singapura.

Nampaknya, lawatan selebriti ni bukan saja menarik perhatian peminat, tapi juga membuka perbincangan tentang seni batik yang patut kita semua hargai.

Source :
Kosmo!
Tags: IShowSpeed

Popular Minggu Ini

  • Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    59 shares
    Share 24 Tweet 15
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    415 shares
    Share 166 Tweet 104
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    254 shares
    Share 102 Tweet 64
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    138 shares
    Share 55 Tweet 35
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    116 shares
    Share 46 Tweet 29

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved