senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Kewangan

Anak Muda Gaji RM3,000 Nak Beli Kereta RM300K? Ini Tip Nak Elak Pening Kepala!

leav by leav
December 9, 2024
in Kewangan
Anak Muda Gaji RM3,000 Nak Beli Kereta RM300K? Ini Tip Nak Elak Pening Kepala!
1
SHARES
127
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Kira Gaji Setahun
  • 2. Ansuran Bulanan Tak Lebih 15%
  • 3. Sediakan Wang Pendahuluan

Baru-baru ni tular kisah seorang salesman pening kepala dengan anak muda fresh graduate yang gaji RM3,000 tapi nak beli kereta harga RM300K.

Korang rasa logik ke?

Memang biasa bagi anak muda nak beli kereta yang nampak ‘wow’, tapi masalahnya kalau tak kena cara, komitmen bulanan jadi terlalu tinggi. Ini memang satu mimpi ngeri!

Sebenarnya, beli kereta boleh jadi keputusan yang bijak asalkan korang ikut gaji dan kemampuan sendiri.

Kalau tak, hutang kereta boleh buat hidup tak tenang.

Jom, aku nak kongsikan 3 tip beli kereta ikut gaji di Malaysia, senang sikit korang nak buat keputusan!

ADVERTISEMENT

1 Kira Gaji Setahun

Cara paling senang nak tahu kereta apa yang korang mampu beli ialah dengan kira gaji setahun.

Misalnya, kalau gaji korang RM3,000 sebulan darab 12 bulan, gaji setahun ialah RM36,000.

Jadi, cari kereta yang harganya lebih kurang macam ni.

ADVERTISEMENT

Kalau dapat kereta harga lebih rendah, lagi bagus sebab ansuran bulanan tak tinggi sangat!

2 Ansuran Bulanan Tak Lebih 15%

Tak Lebih 15% Penting untuk pastikan ansuran bulanan tak lebih 15% daripada gaji.

Contoh, kalau gaji korang RM3,000, ansuran bulanan tak patut lebih RM450.

Kalau lebih, bersedialah untuk ikat perut setiap bulan.

Jangan lupa, ada kos lain jugak macam minyak, servis, dan tol.

3 Sediakan Wang Pendahuluan

Kalau boleh, elakkan beli kereta tanpa wang pendahuluan. Bagi deposit sekurang-kurangnya 10% dari harga kereta.

Ini akan kurangkan ansuran bulanan korang nanti.

Jangan terpedaya dengan tawaran ‘tanpa deposit’ sebab walaupun nampak menarik, ansuran bulanan korang akan jadi lebih tinggi.

BACA JUGA  Tip Cara Menarik Jana Banyak Duit Jadi Kaya Sebagai Content Creator

Beli Kereta Ikut Gaji, Jangan Sesuka Hati!

Akhir kata, memang susah nak tahan keinginan beli kereta mewah, tapi penting untuk korang pertimbangkan situasi kewangan sebelum buat keputusan.

Beli kereta yang sesuai dengan gaji supaya korang tak terbeban dengan hutang.

Contohnya, kalau gaji korang RM1,500-RM2,000, pilih kereta macam Perodua Axia atau Proton Saga.

Kalau gaji RM2,000-RM3,000, mungkin boleh tengok Perodua Myvi atau Bezza.

Yang paling penting, buat keputusan bijak. Jangan biar kereta jadi beban yang menghantui korang setiap bulan!

Tags: Keretatips

Popular Minggu Ini

  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved