senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle

Makanan Kegilaan Rakyat Malaysia, K Fry Urban Korean Kini Sah Halal!

leav by leav
October 25, 2024
in Lifestyle
Makanan Kegilaan Rakyat Malaysia, K Fry Urban Korean Kini Sah Halal!
1
SHARES
96
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

K Fry Urban Korean, jenama terkenal dengan ayam goreng Korea dan hidangan lain yang memang memukau, kini secara rasmi HALAL!

Ini adalah pencapaian besar untuk K Fry yang menekankan komitmen mereka untuk menyediakan makanan berkualiti tinggi, mematuhi standard Halal, dan membolehkan korang makan dengan yakin.

Buka Lembaran Baru Bersama Halal!

Foto: Encik Ismail Bin Sulaiman, K Fry Halal Chairman & Operation Director

“Kami sangat teruja untuk membuka lembaran baru bagi K Fry,” kata Ismail Bin Sulaiman, Pengerusi Halal dan Pengarah Operasi K Fry Urban Korean.

“Pensijilan Halal ni adalah satu langkah penting untuk kami bawa cinta terhadap makanan Korea kepada lebih ramai rakyat Malaysia. Kami komited untuk terus kekalkan cita rasa dan kreativiti dalam masakan Korea moden, yang dah jadi identiti kami sejak mula.”

Diasaskan pada tahun 2016, K Fry memang sinonim dengan ayam goreng yang rangup dan juicy, dengan pelbagai sos perisa yang buat korang tak boleh berhenti makan!

Sekarang, dengan pensijilan Halal ni, lebih ramai rakyat Malaysia boleh nikmati hidangan K Fry tanpa was-was.

Pensijilan Halal: Kualiti Dijaga, Kepatuhan Terjamin

Proses pensijilan Halal ni bukan senang tau! Ia melibatkan pemeriksaan menyeluruh terhadap seluruh rantaian bekalan, dari bahan mentah hingga cara penyediaan.

ADVERTISEMENT

Semua ni untuk pastikan K Fry mematuhi piawaian tertinggi dalam keselamatan makanan dan kepatuhan agama, menjadikannya pilihan yang korang boleh percayai.

“Kami kini buka pintu lebih luas untuk semua rakyat Malaysia, tanpa kira lapisan masyarakat, untuk menikmati ayam goreng ikonik kami,” tambah Ismail.

“Ini bukan sahaja bukti dedikasi kami terhadap kualiti, tapi juga penghormatan kami terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia.”

Menu Mantap, Semua Selera Puas!

K Fry memang terkenal dengan ayam goreng Korea yang rangup dan juicy, tapi jangan risau kalau korang nak try hidangan lain. Ada banyak lagi pilihan menarik yang pasti kena dengan selera korang!

ADVERTISEMENT

K Fry Signature Cheesy Fried Chicken Bumbuk

Hidangan signature ni memang padu! Ayam goreng tanpa tulang yang rangup, disajikan dengan keju mozzarella cair yang meleleh.

BACA JUGA  Perbezaan Hotdog, Sosej Dan Frankfurter

Bestnya, korang dapat tengok proses penyediaan secara langsung di meja, buat makan jadi lagi syok dan interaktif.

Perisa yang kaya dan cheesy ni memang buat sesiapa pun repeat order!

Anchovies & Tuna Riceballs

Kalau korang suka hidangan yang simple tapi penuh rasa, bebola nasi ni memang perfect.

Kombinasi ikan bilis rangup dan tuna, dibalut dengan nasi lembut dan sedikit perisa Korea, buatkan setiap gigitan penuh dengan keenakan.

Bebola nasi ni memang mudah dimakan, sesuai untuk korang yang suka makanan ringan tapi mengenyangkan!


Hidangan Tradisional Korea

Macam Jjigae, Dosirak, dan Bingsoo, semua perisa asli Korea ada kat sini.


K Fry memang bangga jadi jenama tempatan dengan sentuhan urban yang menghidangkan makanan Korea asli dan menarik.

Promosi “Ganjaran Bulan Halal K Fry”!

Sempena pencapaian besar ni, K Fry adakan kempen “Ganjaran Bulan Halal K Fry” dari 24 Oktober hingga 22 November 2024.

Sepanjang tempoh ni, 10,500 set Ayam Soonsal bernilai RM270,000 akan diberikan secara percuma kepada pelanggan yang daftar sebagai ahli aplikasi K Fry!

Korang boleh dapat Ayam Soonsal percuma bila beli hidangan terpilih macam K Fry Chicken Bumbuk, K Fry K’rispy Chicks, K Fry Chicken Wings, K Fry Snow Cheese Chicken, atau K Fry Soonsal Chicken. Jom cepat daftar!

Cawangan-Cawangan K Fry di Malaysia

K Fry dah buka banyak cawangan kat Malaysia, dan setiap cawangan menjanjikan suasana yang mesra serta makanan Halal yang lazat. Berikut adalah lokasi cawangan mereka:

K Fry Urban Korean Sunway Pyramid
Alamat: Lot OB.K4, Oasis Boulevard, Ground Floor Sunway Pyramid, 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: +60 3-5612 0901
Waktu Operasi: Setiap hari, 11:00 AM – 10:00 PM

BACA JUGA  Utamakan 5 Perkara Ini Bila Membeli Makanan Kucing

K Fry Urban Korean 1 Utama
Alamat: LG 221A, 1 Utama Shopping Center, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: +60 3-7624 0027
Waktu Operasi: Setiap hari, 11:00 AM – 10:00 PM

K Fry Urban Korean Setia City Mall
Alamat: LG-137 & 138, Lower Ground Floor Setia City Mall, No. 7, Persiaran Setia Dagang, Bandar Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Telefon: +60 3-3359 9203
Waktu Operasi: Setiap hari, 11:00 AM – 10:00 PM

K Fry Urban Korean IOI City Mall
Alamat: G26 IOI City Mall Lebuh IRC IOI Resort City Putrajaya, Wilayah Persekutuan, 62505 Malaysia
Telefon: +60 3-8957 8126
Waktu Operasi: Setiap hari, 11:00 AM – 10:00 PM

K Fry Urban Korean Suria KLCC
Alamat: LCC 02 Level Concourse Suria Kuala Lumpur City Center, 50088 Kuala Lumpur
Telefon: +60 3-2780 0148
Waktu Operasi: Setiap hari, 11:00 AM – 10:00 PM

K Fry Urban Korean Holiday Villa Johor Bahru
Alamat: No. 260, Jalan Dato Sulaiman, Taman Abad Johor Bahru, 80250 Johor
Telefon: +60 7-266 0902
Waktu Operasi: Setiap hari, 11:00 AM – 11:00 PM

K Fry Urban Korean KL East Mall
Alamat: Lot G3-13, KL East Mall, Jalan Lingkaran Tengah 2, Taman Sri Melati, Kuala Lumpur
Telefon: +60 3-4162 0901
Waktu Operasi: Setiap hari, 11:00 AM – 10:00 PM

K Fry Urban Korean Old Street Batu Pahat
Alamat: No.7 Jalan Rotan Kong, Taman Sri Jaya, Batu Pahat, Johor, 83000
Telefon: +60 7-4300-301
Waktu Operasi: Setiap hari, 12:00 PM – 12:00 AM

K Fry Urban Korean The Exchange TRX
Alamat: C.53, Level Concourse, Plaza The Exchange TRX, Persiaran TRX, Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon: +603-3010-0853
Waktu Operasi: Setiap hari dari 11 pagi hingga 10 malam

BACA JUGA  Cara Betul Mencuci Jaket Kalis Air

Setiap cawangan menjanjikan pengalaman makan yang korang akan suka, dengan suasana yang family-friendly dan makanan Halal!

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini tentang K Fry Urban Korean, sila layari laman web serta Facebook atau Instagram rasmi K Fry. 

Tags: halalkoreamakanan

Popular Minggu Ini

  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved