senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Kewangan

Malaysia Sertai BRICS, Peluang Emas Atau Risiko Cabaran Ekonomi?

leav by leav
December 9, 2024
in Kewangan
Malaysia Sertai BRICS, Peluang Emas Atau Risiko Cabaran Ekonomi?
1
SHARES
59
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Peluang Ekonomi Yang Lebih Luas
  • 2. Kurangkan Kebergantungan Kepada Dolar AS
  • 3. Sektor-Sektor Yang Akan Dapat Manfaat
  • 4. Akses kepada Teknologi & Pembiayaan
  • 5. Kedudukan Diplomatik Yang Lebih Kukuh
  • 6. Cabaran & Risiko

Malaysia kini dalam perjalanan untuk menyertai gabungan BRICS, satu kumpulan kuasa besar ekonomi dunia yang merangkumi Brazil, Rusia, India, China, dan Afrika Selatan. Langkah ini boleh mengubah landskap ekonomi negara kita secara besar-besaran!

Tapi, apa sebenarnya BRICS ni, dan bagaimana keahlian Malaysia dalam kumpulan ini boleh memberi kesan kepada kehidupan kita?

Jom kita selami maksud dan impak sebenar BRICS untuk masa depan ekonomi Malaysia!

1 Peluang Ekonomi Yang Lebih Luas

Salah satu kelebihan paling besar ialah peluang untuk mengembangkan ekonomi.

Dengan berada dalam BRICS, Malaysia boleh tingkatkan eksport ke pasaran-pasaran seperti China, India, dan Brazil.

Sektor penting seperti minyak sawit, elektronik, dan getah dijangka dapat manfaat besar dengan akses pasaran yang lebih luas ni.

Ini bermakna, produk kita akan lebih dikenali di peringkat antarabangsa, sekali gus memperkuatkan ekonomi kita.

ADVERTISEMENT

2 Kurangkan Kebergantungan Kepada Dolar AS

Dalam BRICS, transaksi antara ahli cenderung dilakukan dalam mata wang masing-masing, bukan lagi hanya bergantung pada dolar AS.

Ini sebenarnya boleh stabilkan kos perdagangan Malaysia dan mengurangkan risiko ekonomi daripada turun naik mata wang asing.

Pendek kata, ia bagi peluang untuk kita lebih berdikari dalam ekonomi global.

3 Sektor-Sektor Yang Akan Dapat Manfaat

Beberapa sektor mungkin akan terima impak positif daripada penyertaan ni. Misalnya:

ADVERTISEMENT

1. Pembuatan Semikonduktor

Malaysia adalah salah satu pengeluar semikonduktor terbesar dunia. Kerjasama dengan China dan India dijangka akan bantu lonjakan besar dalam sektor ni.

BACA JUGA  Mata wang Rupiah jatuh tapi rakyat Malaysia akan terbang

2. Pertanian dan Produk Halal

Dengan gabungan negara besar, Malaysia berpotensi menjadi pintu utama untuk produk halal kepada negara-negara BRICS.

Selain minyak sawit, produk pertanian lain mungkin boleh dapat pasaran baru.

3. Pelancongan

Penyertaan dalam BRICS juga mungkin meningkatkan pelancong dari China dan India yang berminat datang ke Malaysia.

4 Akses kepada Teknologi & Pembiayaan

BRICS mempunyai institusi kewangan seperti New Development Bank (NDB) yang menyediakan dana untuk pembangunan infrastruktur.

Malaysia boleh ambil kesempatan ni untuk majukan infrastruktur dan projek-projek pembangunan lestari yang lebih moden.

5 Kedudukan Diplomatik Yang Lebih Kukuh

Dalam arena antarabangsa, Malaysia kini dapat meningkatkan suara dalam isu ekonomi global dan perubahan iklim.

BRICS memberi Malaysia platform untuk suarakan kepentingan dan pandangan kita dalam isu-isu antarabangsa yang penting.

6 Cabaran & Risiko

Walaupun banyak peluang, ada risiko jugak. Kebergantungan kepada pelaburan asing, khususnya dari negara besar macam China, boleh jadi pedang bermata dua.

Malaysia perlu berhati-hati supaya kedaulatan ekonomi dan kepentingan rakyat sentiasa diutamakan.

Secara keseluruhannya, penyertaan Malaysia dalam BRICS memang nampak positif, tapi langkah bijak dan perancangan strategik perlu untuk pastikan manfaatnya betul-betul dirasai semua lapisan rakyat.

Tonton juga video TikTok bawah ni

@aliffchannelofficial Korang tahu tak BRICS tu apa? 🤔 #brics #ekonomi #economy #economic #malaysiamadani #malaysiatiktok #malaysiabrics #china #brazil #rusia #ringgit #southafrica #pmx #news #beritatiktok #fakta #ekonomimalaysia ♬ original sound – Aliff Channel
Source :
Bernama, Bernama, Fortune, The Sun, Channel News Asia
Tags: BRICS

Popular Minggu Ini

  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved