senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hubungan

6 Jenis Rakan Serumah Yang Menjengkelkan

Yuyue by Yuyue
May 2, 2017
in Hubungan

Foto Ilustrasi

76
SHARES
88
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Sangat stres apabila mempunyai rakan serumah yang hanya pentingkan diri dan pemalas. Semua kerja rumah kita yang lakukan walaupun sama-sama dalam keadaan penat setelah pulang dari bekerja.

Beruntung jika mempunya rakan serumah yang rajin dan bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan rumah, tetapi bagaimana pulak jika rakan serumah anda seorang yang pemalas, pengotor dan suka bersosial?

Ada beberapa jenis rakan serumah yang sememangnya kita tidak mahu sama sekali mereka serumah dengan kita.

Pemalas

Sama-sama penat pulang dari bekerja, tetapi kerja rumah mengemas, menyapu, memasak, bahkan membasuh pinggan pun kita sahaja yang lakukan. Dia hanya makan, basuh tangan dan terus menonton televisyen. Baju sendiri tidak berlipat, apatah lagi ingin mengemas rumah. Sakit hati bukan?

Pengotor

Balik saja dari pulang kerja, masuk ke dalam rumah berbau sampah. Siapa saja akan sakit hati, sedangkan rakan serumah tidak bekerja seharian. Susah sangat kah mahu membuang sampah? Begitu lah selalu bermain di benak fikiran. Nak diluah nanti ada yang terasa hati.

Cepat terasa

ADVERTISEMENT

Antara kata lain untuk cepat terasa yang orang sekarang pakai ialah “kuat sentap” semua hendak terasa, kadang-kadang kita hanya bergurau kerana ingin meriuhkan suasana, tetapi dia terlalu cepat “sentap” sehinggakan melarat 3 hari tidak bercakap. Keterlaluan bukan?

Bercakap tak henti

Sememangnya seronok mempunyai rakan serumah yang banyak cakap, kerana tidak merasa bosan bila bersamanya. Tetapi jika setiap hari hanya topik berkenaan kekasihnya sahaja yang dibualkan, siapa pun akan merasa sangat bosan. Cuba ubah topik supaya rakan serumah tidak merasa bosan dan sentiasa lakukan aktiviti bersama, kan seronok begitu.

Sangat sosial

ADVERTISEMENT

Hampir setiap hari pada waktu malamnya, dia akan membawa rakan-rakan balik ke rumah, jika hanya berbual kosong biasa dan untuk seketika mungkin sahaja boleh bersabar dan dibiarkan. Tetapi ada rakan serumah yang jenis tidak memahami. Bukan sahaja membuat bising pada tengah malam mengganggu rakan sekerja, tetapi juga jiran-jiran tetangga. Bangun sahaja awal pagi sudah terlihat di ruang tamu yang penuh dengan pinggan dan gelas yang digunakan semalam. Sudah lah berbuat bising, makan pula bersepah dan apatah lagi hendak membasuh gelas dan pinggan.  Ukan itu sahaja setiap kali hari minggu pasti saja keluar malam balik siang, Stress dan bertambah stress.

BACA JUGA  Kehidupan Tanpa Ayah: Cabaran dan Kesedihan Anak

Pinjam duit tapi tak bayar balik

Sebelum meminjam susunan ayat sangat manis dan terasa sedih apabila orang mendengarnya, janjinya untuk membayar balik hanyalah tinggal mimpi. Sebulan ke sebulan tiada khabar berita, akhirnya halalkan saja. Begitu juga jika meminjam barang, title “pinjam” kini bertukar menjadi “hak milik”. Sungguh tidak adil bukan?

Cuba anda nilai diri anda sebagai seorang rakan serumah, adakah anda telah menjalankan tanggungjawab sebagai rakan serumah dengan baik? Jangan mementingkan diri saja, jaga orang sekeliling juga.

Tags: rakan

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved