senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Family

“Balik Kampung 2025: Jem Tak Bergerak?”

Nadzirah by Nadzirah
March 25, 2025
in Family, Lifestyle, Travel
“Balik Kampung 2025: Jem Tak Bergerak?”
0
SHARES
16
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Asal raya je jem, asal jem je raya; trafik tahun ni dijangka lebih meriah (baca: sesak gila) sebab cuti sekolah panjang + semua orang nak balik kampung serentak. Kalau tak nak terperangkap dalam jem tahap β€˜buka puasa atas highway,’ baca ni dulu!

Apa Yang Korang Kena Tahu?

πŸš— Lebih 2 Juta Kenderaan Sehari – Highway PLUS akan jadi macam parking lot bergerak (atau tak bergerak langsung) sebelum Aidilfitri. Paling padat? Khamis, Jumaat & Sabtu sebelum raya. Tinjauan KhairulAming tahun ni menjangkakan ramai akan balik pada hari Jumaat (28 Mac) dengan lebih 17000 undi berbanding hari-hari lain!

🚧 SmartLane Akan Dibuka – PLUS dah janji buka 28 lorong tambahan untuk kurangkan sesak. Tapi kalau semua orang gerak serentak, still jem juga kan?

🏫 KPM bagi cuti lebih 3 hari – Lagi lama cuti, lagi parahlah jem nanti. Pastikan korang rancang betul-betul; parents make sure ambil cuti ok!

πŸš” Kenderaan Berat Dilarang – Lori besar-besar kena cuti dua hari sebelum dan selepas raya. At least, takdelah kita stuck belakang lori bawak muatan berat. Risau Final Destination.

🚌 Singapura Pun Jem – Kalau korang nak rentas border, kerajaan Singapura dah warning: pos pemeriksaan Woodlands & Tuas akan penuh gila. Naik bas sangat-sangat digalakkan.

Macam Mana Nak Elak Jem Gila-Gila?

βœ… Gunakan MyPLUS-TTA – Aplikasi ni boleh bagi timing terbaik untuk gerak.

ADVERTISEMENT

βœ… Gerak Awal atau Lambat Gila – Nak elak jem? Either balik sebelum orang lain (kalau cuti awal) atau balik lepas semua dah balik (kalau sanggup).

βœ… Consider Pengangkutan Awam – Kalau kampung korang ada bas atau train direct, naik je. Tak payah bawak kereta. Kat kampung nanti start EX-5 je.

BACA JUGA  Tips Mudah Jaga Anak Sumbing


Shoutout kepada tempat-tempat paling jem:

  • 🚦 Tol Gombak – Pintu utama ke Pantai Timur! Semua yang nak balik ke Kelantan, Terengganu, dan Pahang akan lalu sini. Ditambah pula dengan jalan berbukit + hujan musim perayaan, jem boleh jadi double trouble.
  • 🚦 Kuala Selangor – Laluan utama bagi mereka yang nak elak lebuh raya dan menuju ke Perak atau utara melalui jalan biasa. Jalan lebih kecil, banyak traffic light, banyak simpang, plus ramai yang stop untuk beli makanan tepi jalan = jem panjang!
  • 🚦 Tuas & Woodlands – Semua yang nak balik ke JB atau kampung di Malaysia dari Singapura akan bertumpu di dua checkpoint ni. Pemeriksaan imigresen ambil masa, cuti sekolah tambah lagi jumlah orang, dan kalau ada roadblock atau sekatan = bersedia untuk jem tahap maksimum.
  • 🚦 Exit Simpang Pulai & Tapah (Plus Highway) – Selain orang nak balik Perak, ramai yang nak ke Cameron Highlands ikut jalan ni juga. Orang beraya, dia bercuti pulak.
  • 🚦 Tol Sungai Besi – (Sebenarnya hari biasa pun jem) Laluan utama keluar dari KL ke selatan (Negeri Sembilan, Melaka, Johor).

Raya tetap raya, tapi kalau boleh elak stress jem, why not kan? Apa plan korang? Drive ke, naik bas, atau jadi β€˜anak emas’ yang tunggu dijemput? πŸš—πŸ’¨

Source :
Perhaps bus instead of car? Singapore warns of heavy traffic at borders with Malaysia for March school holidays, Aidilfitri, Heavy traffic expected at Singapore-Malaysia land checkpoints during March school holidays, Hari Raya Puasa, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Umum TAMBAHAN Cuti Hari Raya Aidilfitri 2025!
ADVERTISEMENT
BACA JUGA  3 Negara Rakyat Paling Rajin Didunia Namun Hidup Serba Kemiskinan
Tags: balik rayatrafik sesak

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    405 shares
    Share 162 Tweet 101
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    131 shares
    Share 52 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    248 shares
    Share 99 Tweet 62
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita β€” penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved