Untuk warga Sabah dan Sarawak yang selalu perlu bayar lebih untuk shipping, ini berita baik untuk korang semua.
Bermula 4 Februari 2025, IKEA telah melancarkan platform e-dagang untuk orang Sabah dan Sarawak dengan harga yang sama seperti di Semenanjung Malaysia, jadi tak perlu bayar lebih RM10 – RM20 hanya kerana anda tinggal di luar Semenanjung Malaysia.
Nah, kesimpulan yang penting:
IKEA Online untuk East Malaysia dah launch 4 Feb 2025
→ Now orang Sabah & Sarawak boleh shopping online
→ Harga sama macam kat Semenanjung 😮💨
→ Delivery pun tak cekik darah
Ada pickup point kat Kuching
→ Lokasi: Hexagon High Transport, Jalan Demak Laut 3
→ Beli online, ambik je kat situ
IKEA fizikal kat Sarawak?
Belum buka lagi tapi dalam plan. Diorang tengah tengok sambutan dulu. Kalau ramai support online, cawangan real-life maybe akan muncul lepas ni.
Apa IKEA cakap?
Diorang nak pastikan semua orang — termasuk orang Sabah Sarawak — dapat akses IKEA dengan mudah. Online store ni baru permulaan je. Big moves coming soon?