Mata wang Indonesia tengah sakit.
Nilai rupiah jatuh agak teruk berbanding USD, dan spoiler alert — ringgit pun nampak lebih gagah sikit kat sebelah dia. Antara sebab? Ekonomi global tengah berangin, ditambah pula dengan tarif dan dasar kewangan US yang makin pelik dan tidak terjangkau dek akal fikiran.
Tapi… rakyat Malaysia? Kita nampak peluang ✨
Lebih ramai mula buka Google Flights dan cari “cheap flights to Jakarta”. Sebab bila tukaran RM1 ≈ 3,808 IDR, segalanya nampak lebih manis — dari nasi padang sampai kopi hipster.
“Sekarang masa terbaik nak pergi Jakarta! Boleh shopping puas-puas,”
– kata seorang rakyat Malaysia yang dah standby luggage.
Di media sosial, ramai tengah plan food hunt:
- Nasi padang sambal hijau
- Bakso urat saiz bola tenis
- Indomie telur dekat warung viral
- Lepas tu lepak kopi gula aren dekat kafe aesthetic Jakarta Selatan.
Flight tambang rendah? Masih banyak.
Nak tidur pun tak payah risau, sebab hotel butik ala-ala Pinterest pun jadi lebih mampu milik sebab mata wang kita tengah power sikit kat sana.
**Quick math, tukaran 1MYR dengan IDR setakat 15 April 2025 bernilai ≈ 3,808 IDR. So:
Dengan RM20, kau boleh makan nasi uduk, minum kopi sedap, naik ojek balik hotel — dan mungkin masih ada baki sikit nak beli keropok.
Ada netizen siap kata, “Bawak RM300 pun tak habis-habis.”
Dalam kekusutan ekonomi serantau, rakyat Malaysia jumpa loophole travel.
Jakarta bukan sekadar tempat bercuti, tapi sekarang dah jadi medan “healing bajet” paling onz.
Dan kalau trend ni berterusan… jangan pelik kalau lepas ni ramai orang update IG story dari Thamrin City berbanding Pavilion.
💸 Long live tukaran mata wang mesra rakyat!