Selamat hari ulang tahun yang ketiga, Lotus’s!
Sempena pencapaian bermakna itu, Lotus’s melancarkan kempen Kongsi Ceria dan Dana Kongsi Ceria bermula dari 8 Mei sehingga 4 Jun 2025. Kongsi Ceria memperkenalkan diskaun sehingga 50% untuk lebih 840 barangan di semua cawangan Lotus’s seluruh Malaysia dan platform pembelian dalam talian.

Bagi ahli MyLotus’s, pelbagai tawaran disediakan khas untuk mereka seperti:
- Peraduan Kongsi Ceria Beli & Menang – Belanja RM80 dalam satu resit dan berpeluang
memenangi hadiah bernilai keseluruhan RM120,000 termasuk motosikal Yamaha, telefon pintar
Samsung, set rumah pintar, dan e-baucar Lotus’s. - Baucar RM6 Percuma – Belanja RM80 dan terima baucar RM6 (boleh ditebus dengan pembelian
minimum RM90 dari 22 Mei hingga 4 Jun). - Bonanza Mata Ganjaran Tiga Kali Ganda – Dapatkan 3x mata ganjaran My Lotus’s dari 26 hingga
29 Mei 2025.

Selain itu, para pelanggan Lotus’s juga boleh menikmati Penjimatan Berterusan dan Kejutan Hari Bekerja:
- Tawaran Beli 1 Percuma 1
- “Tawaran Gila” eksklusif hari bekerja (Isnin hingga Khamis)
- Penjimatan besar untuk pelbagai kategori seperti barangan Jenama Sendiri Lotus’s, produk
kesihatan & kecantikan, perkakas memasak, makanan sejuk & beku, produk bayi, perkakas
dapur, minuman, dan banyak lagi.
Dana Kongsi Ceria dengan semangat #KitakanJiran

Dengan inisiatif Beli dan Derma, 0.5% dari hasil jualan Kempen Kongsi Ceria akan disalurkan kepada 700 kanak-kanak yang menghadapi cabaran pembesaran dan pembelajaran.
Dana yang dikumpul akan disalurkan kepada pusat rehabilitasi dan pendidikan khas seperti Tender Touch Paediatric Rehabilitation Center dan Gabungan Anak-Anak Palsi Serebrum Malaysia (GAPS Malaysia), bagi membantu kanak-kanak mendapatkan terapi dan penjagaan khusus. Ia juga disumbangkan dengan tujuan menyokong program intervensi awal untuk kanak-kanak yang mengalami kelewatan perkembangan dan ketidakupayaan kompleks.
Semangat #KitakanJiran diambil dari usaha murni untuk mewujudkan sokongan dan meringankan beban keluarga yang menjaga kanak-kanak istimewa yang memerlukan terapi jangka panjang.

Peraduan dan Aktiviti Menarik di Cawangan-cawangan Lotus’s
Melalui ruang acara Ceria-yah, pelbagai aktiviti dan peraduan akan dianjurkan oleh lebih 20 jenama di 23 stor terpilih.

11 Stor di Lembah Klang:
- Kepong
- Cheras
- Ampang
- Setia Alam
- Puncak Alam
- Kajang
- Shah Alam
- Klang
- Paradigm
- Mutiara Damansara
- Bandar Bukit Puchong
6 Stor di Utara:
- Penang E-gate
- Ipoh Garden
- Mergong
- Bagan Ajam
- Taiping
- Ipoh Bercham
5 Stor di Selatan:
- Melaka
- Desa Tebrau
- Nilai
- Bukit Indah
- Seri Alam
1 Stor di Pantai Timur:
- Kota Bharu
Antara aktiviti menarik termasuklah:
- Saringan Kesihatan Percuma (oleh Omega) – cawangan Kepong & Puchong
- Ulang tahun ke-75 Milo, barangan ekslusif dan cenderamata – cawangan Kepong, Puchong, Kota Bharu, Mergong
- Jelajah Glad2Glow – cawangan Ampang (23 – 28 Mei)
Turut serta adalah penampilan maskot di 12 Lotus’s Mall terpilih:

Kunjungi cawangan Lotus’s terdekat sekarang untuk merasai pengalaman Kempen Kongsi Ceria bersama Lotus’s!