senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Info

KTM Berhad Umum Penjenamaan Semula Aplikasi: KITS Style Superapp

Nadzirah by Nadzirah
July 14, 2025
in Info, Lifestyle, Travel
KTM Berhad Umum Penjenamaan Semula Aplikasi: KITS Style Superapp
0
SHARES
45
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Untuk penumpang setia yang selalu ulang-alik naik KTM, sama ada Komuter, ETS, atau apa-apa perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), ada berita baik untuk anda sebab KTM dah melangkah setapak lagi ke hadapan dengan pelancaran aplikasi KITS Style Superapp. Sebelum ni, memang dah ada aplikasi untuk memudahkan proses menaiki KTM: KTM Integrated Ticketing System (KITS) yang dilancarkan pada tahun 2020.

Pada 13 Julai 2025, Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke Siew Fook, telah merasmikan penjenamaan semula aplikasi KITS yang hadir dengan penambahbaikan. Aplikasi ni bukan sekadar untuk KTM, jual tiket, tapi macam-macam fungsi baru untuk pengguna telah diperkenalkan selari dengan pembaharuannya.

Fungsi-fungsi Baru dalam KITS Style Superapp

Senangcite, konsep “Superapp” tu bermaksud satu aplikasi yang boleh buat macam-macam benda. Tak perlu dah nak buka banyak-banyak app untuk urusan berbeza. Semua boleh settle dalam satu tempat.

Matlamat utama KTMB adalah untuk menjadikan pengalaman perjalanan pengguna lebih lancar, dari mula keluar rumah sampailah tiba di destinasi (konsep first-mile and last-mile connectivity).

1. Beli Tiket (Semestinya…)

Fungsi asas dan paling utama masih ada. Korang masih boleh beli tiket untuk perkhidmatan ETS, KTM Komuter, KTM Intercity, dan Shuttle Tebrau (JB Sentral – Woodlands) macam biasa. Antaramukanya pun dah diperbaharui supaya lebih mesra pengguna, tak berapa serabut seperti aplikasi lama. Tiket kapal terbang, tiket cruise, tiket taman tema pun boleh dibeli melalui aplikasi ni. So.. memang all-in-one!

2. Perancangan Perjalanan Lengkap A-Z

Selain dari jadual tren, fungsi perancangan perjalanan atau trip planning dalam KITS Style membolehkan korang merancang keseluruhan perjalanan. Contohnya, kalau nak ke Pulau Pinang dari KL, aplikasi ni bukan saja bantu beli tiket ETS, tapi boleh tolong carikan sekali:

  • E-hailing untuk ke stesen KL Sentral.
  • Kereta sewa bila dah sampai di Butterworth.
  • Hotel untuk menginap di Pulau Pinang.
  • Tarikan pelancong untuk dilawati di Pulau Pinang.
BACA JUGA  Pendamping Yang Ideal, Inilah 9 Kelebihan Perlu Melamar Segera Perempuan Kaki Travel

Semua dalam satu aliran! Tak payah pening-pening kepala lagi.

3. Renew Insurans & Cukai Jalan Kenderaan

Haa, yang ni memang game-changer. Selalu kita fikir app KTM = pengangkutan awam, kan? Tapi kali ni, melalui kerjasama dengan Tune Protect Group, korang boleh perbaharui insurans dan cukai jalan kenderaan peribadi korang terus dari KITS Style Superapp. Sambil tunggu KTM sampai pun boleh settle.

ADVERTISEMENT

4. Tempahan Hotel & Penginapan

Lepas beli tiket tren untuk pergi bercuti, terus boleh cari dan tempah hotel di destinasi korang. Tak perlu lagi buka platform hotel dan rumah inap secara berasingan. Semuanya sudah terintegrasi.

5. Servis E-hailing & Sewaan Kereta

Untuk melengkapkan perjalanan korang, KTMB telah bekerjasama dengan nama-nama besar seperti AirAsia Ride, SOCAR, dan Trevo.

  • Nak ke stesen? Panggil je AirAsia Ride dari app.
  • Dah sampai destinasi dan perlukan kereta untuk jalan-jalan? Tempah SOCAR atau Trevo terus.

Semua ni direka untuk memastikan korang tak terkandas dan perjalanan korang lancar dari A ke Z.

ADVERTISEMENT

Kenapa KTM Buat Semua Ni?

Menurut YB Anthony Loke, inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha untuk mendigitalkan perkhidmatan pengangkutan dan mencipta satu ekosistem yang bersepadu. Dengan lebih 33 juta penumpang setahun, KTMB mahu memberikan nilai tambah kepada pengguna setia mereka.

Ini juga adalah satu langkah bijak melalui kerjasama awam-swasta yang menggabungkan kekuatan syarikat-syarikat berbeza untuk kemudahan rakyat. Dengan sasaran 1 juta muat turun menjelang akhir tahun, nampaknya KITS Style Superapp bakal menjadi aplikasi wajib ada dalam telefon setiap rakyat Malaysia.

Penting: App Lama Akan Ditamatkan!

Untuk pengguna sedia ada aplikasi KTMB Mobile, sila ambil perhatian. Aplikasi lama tersebut akan ditamatkan secara berperingkat. Jadi, korang digalakkan untuk muat turun aplikasi “KITS Style” yang baru secepat mungkin untuk menikmati semua fungsi terkini.

BACA JUGA  Mata wang Rupiah jatuh tapi rakyat Malaysia akan terbang

Aplikasi ini boleh didapati di:

  • Google Play Store (untuk pengguna Android)
  • Apple App Store (untuk pengguna iOS)
  • Huawei AppGallery

Bukan Sekadar Penjenamaan Semula, tapi Pembaharuan yang Perlu

KITS Style Superapp bukan sekadar penjenamaan semula. Ia adalah satu anjakan besar dalam cara kita berinteraksi dengan perkhidmatan KTMB. Daripada sekadar penyedia pengangkutan rel, KTMB kini menjadi pemudah cara untuk keseluruhan ekosistem perjalanan dan gaya hidup kita.

Jadi, apa tunggu lagi? Jom muat turun dan terokai sendiri kehebatan KITS Style Superapp ni. Selamat mencuba geng!

Tags: Kementrian PengangkutanKITS STYLE SUPERAPPKTMKTMBMinistry of TransportPengangkutan AwamPublic Transporttravel

Popular Minggu Ini

  • Rakan KKM: Inisiatif Khidmat Kesihatan ‘Premium’, untuk Siapa?

    Rakan KKM: Inisiatif Khidmat Kesihatan ‘Premium’, untuk Siapa?

    2 shares
    Share 1 Tweet 1
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    413 shares
    Share 165 Tweet 103
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    136 shares
    Share 54 Tweet 34
  • Lambakan Durian: Pusat Pengumpulan Durian di Tangkak, George Town

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KTM Berhad Umum Penjenamaan Semula Aplikasi: KITS Style Superapp

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved