Selepas laman sesawang Tenaga Nasional Berhad memuat naik kenyataan tentang penstrukturan tarif elektrik, kami yakin ramai yang mula gusar dengan kenaikkan harga elektrik.
Ya, kami juga seperti anda. Mula rasa tekanan dengan harga barang di pasaran lagi-lagi bila beri kesan kepada bil elektrik, terutamanya bagi pengguna tinggi seperti industri dan kediaman besar.
Tapi, apa yang kami boleh bantu adalah dengan kongsikan beberapa tips untuk menjimatkan penggunaan elektrik untuk kediaman anda.
Bukan apa, cukup-cukuplah dengan harga barang dekat luar tu dah naik, jadi kita cuba kawal penggunaan elektrik supaya bil elektrik rumah tak melambung. Kan boleh jimat!
Apa tips tu?
Pertama, tanggalkan plug selepas gunakannya bagi mengelakkan ‘tenaga hantu’ digunakan.
Bukan rumah ada hantu ya, tapi maksudnya, peralatan elektronik seperti TV, periuk nasi, pengecas telefon tetap menggunakan tenaga walaupun plug hanya melekat pada soket dan tak digunakan langsung.
Ini dipanggil phantom load atau standby power yang mana dapat menaikkan bil elektrik secara senyap dan perlahan.
Bayangkan ada 10 kepala plug yang melekat dekat soket dan dibiarkan berminggu-minggu, berapa banyak kilowatt (kw) yang terbazir?
Tips kedua, gunakan penghawa dingin secara berkala. Maksudnya guna aircond dari semasa ke semasa, bukan terlalu kerap atau berterusan.
Misalnya, gunakan penghawa dingin ketika cuaca betul-betul panas membahang, kemudian tutup bila seluruh kawasan dalam rumah sudah cukup sejuk.
Malah yang sebenarnya, pasang penghawa dingin secara berkala jauh lebih baik sebab bukan saja untuk kesihatan, tapi juga untuk bil elektrik dan jangka hayat alat itu sendiri.
Jadi, pasang penghawa dingin 24 jam bukanlah tindakan yang bijak, melainkan anda mampu bayar bil elektrik tinggi melambung, ihiks!
Seterusnya, gunakan peralatan elektronik yang mempunyai penarafan tenaga 5 bintang dari Suruhanjaya Tenaga Malaysia.
Ini kerana, peralatan 5-star menggunakan teknologi cekap tenaga yang membolehkan pengguna menjimatkan bil elektrik secara konsisten setiap bulan.
Dan kalau nak tahu, barangan elektrik yang mempunyai 5-star menggunakan kuasa dengan lebih cekap dan mampu mengurangkan penggunaan elektrik hingga 50% berbanding model biasa.
Ya kami tahu harga peralatan 5-star agak mahal tapi sebenarnya pelaburan jangka panjang yang berbaloi, kerana anda dapat jimatkan kos elektrik dalam tempoh masa yang panjang.
Akhir sekali, gunakan penghawa dingin LG DUALCOOL™ AI Air sebab penghawa dingin ni boleh “faham” kita bila kita perlukan kesejukan dan bila tak. Menarikkan?
Ini kerana dikuasakan oleh teknologi teras AI (Artificial Intelligence Core Tech), yang mana bukanlah sekadar menyejukkan ruang tapi berfungsi secara bijak dan responsif.
Maksudnya, aircond ini dapat respon ikut keperluan anda tanpa anda mengetik apa-apa butang atau membuat apa-apa tetapan yang rumit.
Contoh situasi, anda tengah baring tengok Netflix atas sofa, atau baru habis melakukan senaman dengan penuh peluh satu badan, dengan LG AI Air akan kesan haba dari badan anda dan laraskan arah tiupan angin ikut keselesaan.
- Nak rasa terus sejuk? Ia akan hala angin dingin terus ke arah anda.
- Tak suka kena angin terus? Ia automatik alih ke arah lain.
Malah, dapat memberi keselesaan sebelum dan selepas tidur kerana suhu yang dikeluarkan dari LG DUALCOOL™ AI Air memberi suhu yang tepat untuk tubuh ‘tuan’ mereka.
Senang cerita, aircond ni ikut keperluan anda, bukan anda yang kena ikut dia.
Inilah yang kami maksudkan teknologi AI yang bijak dan responsif kerana dapat ikut keselesaan yang betul-betul faham dengan gaya hidup anda.Hidup dengan peralatan elektronik AI sekaligus dapat menjimat tenaga elektrik, mengurangkan pembaziran serta dapat nikmati kesejukan yang konsisten tanpa gangguan.
Dengan wujudnya AI dalam penghawa dingin ni, pihak LG menambahkan lagi mod Soft Air dimana satu ciri pintar yang direka untuk keselesaan pengguna.
Iyalah, bila pasang aircond kadang kita rasa tak selesa bila angin sejuk terus tembak terus ke bahagian muka tapi dengan kewujudan Soft Air, LG DUALCOOL™ AI Air dapat menghasilkan tiupan angin yang lembut, sejuk dan nyaman seperti angin bayu.
Bayangkan ditambah pula dengan bunyi kicauan burung samar-samar, wah! seakan-akan berada di Pantai Cottesloe, Perth Australia!
Sejuknya tidak terlalu menggigit hingga ke tulang tapi sesuai untuk beristirahat dengan tenang
Bukan itu saja ye, LG kali ini memang nak buktikan mereka cipta penghawa dingin lain dari yang lain sebab LG DUALCOOL™ AI Air ada inovatif Dual Vane.
Apa itu Dual Vane? Meh sini kami terangkan dengan penjelasan yang lebih mudah.
Dual Vane dapat memberikan tiupan angin tidak terhad kepada satu arah saja, malah lebih luas, lebih pantas dan lebih tepat.
Dengan inovatif ini tiupan angin lebih sekata dan menyeluruh, supaya seluruh bilik sejuk lebih cepat, tanpa ada sudut yang tertinggal.
Inovatif ini juga mempunyai 6 tahap sudut berbeza yang boleh dilaraskan. Nak tiup ke atas, ke bawah, kiri, kanan? Boleh dan kalau nak fokuskan sejuk ke satu sudut je? Pun boleh!
Selain itu, pihak LG ingin pengguna mereka merasa bebas untuk memilih suhu yang tepat untuk keselesaan mereka tidak kira semasa tidur atau beristirehat kerana terdapat satu lagi inovasi baru iaitu Sleep Timer+.
Teknologi ini dapat mengenalpasti secara automatik untuk melaraskan suhu bilik kepada tahap yang paling sesuai untuk keselesaan pengguna.
Maksudnya, Sleep Timer+ tak kan menjejaskan waktu tidur serta dapat memberi kualiti rehat anda dengan lebih sempurna.
Dan paling best penghawa dingin LG DUALCOOL™ AI Air ni dapat mengawal penggunaan tenaga elektrik dengan proaktif yang mana dapat bantu anda jimat tenaga tanpa mengganggu keselesaan.
Sekaligus dapat mengawal sepenuhnya sistem penyejukan rumah serta menetapkan had penggunaan tenaga yang boleh dikawal.
Jadi, siapa yang bil elektrik melambung kerana penggunaan penghawa dingin, bolehlah guna model LG terbaru ni supaya duit poket tak rabak nak bayar bil elektrik melambung setiap bulan.
Kesimpulannya, bukan saja kita perlu bijak dalam penggunaan elektrik tapi bijak juga dalam memilih penghawa dingin yang terbaik dan sesuai untuk kediaman kita.
Lagipun dalam era perkembangan teknologi AI yang sangat cepat dan laju ni, pemasangan LG DUALCOOL™ AI Air yang ada ciri-ciri seperti AI Core Tech, Sleep Timer+, AI KW Manager, Soft Air mode, dan Dual Vane menjadikan aircond ini bukan sekadar alat penyejuk, tapi satu pelaburan pintar untuk gaya hidup masa kini.
Ha, apa yang difikirkan lagi tu? Boleh pergi ke laman sesawang LG Malaysia untuk membuat pembelian penghawa LG DUALCOOL™ AI Air supaya kediaman anda lebih selesa serta dapat menjimatkan penggunaan elektrik.
[Artikel ini hasil kerjasama dengan LG Malaysia]