senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Uncategorized

Habislah Penggemar Matcha, Stok Matcha 1 Dunia Dah Habis!

afiqa by afiqa
August 5, 2025
in Uncategorized
Habislah Penggemar Matcha, Stok Matcha 1 Dunia Dah Habis!
1
SHARES
84
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

The Japan Times melaporkan bahawa mungkin akan berlaku kekurangan bekalan matcha di seluruh dunia pada musim bunga ini.

Dalam akhbar tersebut memetik maklumat daripada Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun, kemungkinan kekurangan bekalan matcha disebabkan pengeluaran matcha meningkat daripada 1,471 tan kepada 4,176 tan antara tahun 2010 hingga 2013.

Dan separuh daripada jumlah matcha yang dihasilkan di Jepun telah dieksport ke luar negara dan hampir ke seluruh dunia!

Akhbar itu juga melaporkan bahawa peningkatan populariti matcha di media sosial dan kesedaran umum tentang manfaat kesihatan pelbagai jenis makanan dan minuman telah mencetuskan permintaan yang sangat tinggi terhadap matcha, sehinggakan mungkin menyebabkan kekurangan bekalan pada musim bunga ini.

Berita baiknya, Global Japanese Tea Association meramalkan bahawa kekurangan ini tidak akan berpanjangan.

Mereka menjelaskan bahawa memandangkan matcha hanya boleh dituai pada musim bunga, maka adalah perkara biasa untuk berlaku sedikit kekurangan pada musim sejuk, dan hasil tuaian pada musim bunga ini dijangka akan membantu menambah semula stok serbuk hijau tersebut.

Tambahan pula, kerajaan Jepun kini menawarkan subsidi baharu kepada para penanam teh matcha bagi menggalakkan pengeluaran matcha yang lebih banyak dan mencegah kekurangan pada masa akan datang.

Kesimpulannya, Matcha takkan pupus tapi mungkin mahal atau makin rare untuk seketika dan kalau anda peminat matcha, inilah masa nak simpan stok sikit-sikit dulu!

ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
BACA JUGA  Ini Kenapa Nama Tun Dr. Mahathir Dipetik Dalam Kejadian MH17

Popular Minggu Ini

  • Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    95 shares
    Share 38 Tweet 24
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    416 shares
    Share 166 Tweet 104
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    255 shares
    Share 102 Tweet 64
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    139 shares
    Share 56 Tweet 35
  • Habislah Penggemar Matcha, Stok Matcha 1 Dunia Dah Habis!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved