senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Kewangan

Gen Alpha Lebih Celik Kewangan—kajian dari Mastercard, The Harris Poll

Nadzirah by Nadzirah
August 5, 2025
in Kewangan
Gen Alpha Lebih Celik Kewangan—kajian dari Mastercard, The Harris Poll
0
SHARES
21
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Kalau kita imbas kembali zaman sekolah dulu, duit belanja harian kita simpan dalam tabung ayam atau buku bank BSN yang comel tu. Cukup tahun, baru pecah tabung atau pergi bank kira untung. Tapi, budak-budak zaman sekarang? Lain ya, tak sama macam kita dulu.

Menurut satu laporan terbaru dari Mastercard (dijalankan oleh The Harris Poll, syarikat penyelidikan pasaran), generasi paling muda di Malaysia, yang dikenali sebagai Gen Alpha (lahir dari tahun 2010 ke atas) bukan setakat celik IT, tapi dah celik kewangan digital semuda umur 7 tahun lagi.

Senangcite, mereka ni dah mula urus duit poket terus ke portfolio pelaburan, bukan simpan dalam sampul lepastu mak ayah ambil ‘simpankan’.

Gen Alpha: Generasi Terpaling Digital

Kajian Mastercard ni mendedahkan beberapa fakta yang agak mengejutkan tentang kanak-kanak Gen Alpha di Malaysia:

  • 97% dah ada akaun kewangan. (Kita dulu umur berapa baru ada akaun bank sendiri?)
  • 46% dah guna e-wallet. (TNG eWallet, GrabPay tu semua dah jadi mainan je bagi dorang).
  • 40% ada akaun pelaburan. (Ini paling power, kecil-kecil dah pandai melabur!)
  • 40% ada kad debit sendiri.

Bukan tu je, separuh (50%) daripada ibu bapa mengaku yang anak-anak mereka ni lagi bijak bab duit berbanding zaman mereka dulu. Malah, 40% mak ayah kata anak-anak mereka lagi tahu pasal cara pembayaran moden macam QR code berbanding diri mereka sendiri. Memang betul-betul tech-savvy yaaa.

Mak Ayah Risau Sedikit? Ini Sebabnya.

Walaupun bangga dengan anak-anak yang bijak ni, mak ayah Gen Alpha sebenarnya ada kerisauan tersendiri. Dunia kewangan sekarang makin kompleks dan digital sepenuhnya.

  • 62% ibu bapa jangka anak mereka mungkin tak akan pernah pakai dompet fizikal atau bawa duit tunai.
  • 51% rasa makin susah nak ajar anak-anak pasal duit.
  • 54% tak pasti sama ada ilmu kewangan mereka tu masih relevan untuk generasi anak-anak.
  • 79% berharap ada lebih banyak tools atau aplikasi untuk bantu ajar anak-anak tentang kewangan.

Jadi, Apa Solusi yang Mak Ayah Nak?

Disebabkan dunia dah berubah, cara kita ajar anak-anak pasal duit pun kenalah berubah. Ibu bapa di Malaysia sangat berminat dengan solusi kewangan digital yang ada ciri-ciri ni:

  • Kandungan pendidikan (73%): Ada video atau artikel ringkas yang ajar pasal simpanan, belanja, dan labur.
  • Kawalan ibu bapa (73%): Mak ayah boleh pantau dan tetapkan had perbelanjaan anak-anak.
  • Pindahan wang yang mudah (57%): Senang nak bagi duit belanja mingguan terus ke akaun anak.
  • Simulasi dunia sebenar (45%): Belajar urus duit melalui situasi rekaan yang realistik.
  • Pengalaman macam main game (42%): Belajar sambil seronok, kumpul mata ganjaran bila capai matlamat simpanan.
BACA JUGA  KFC Umumkan 'Buy Now Pay Later' - Keperluan vs. Kemahuan

Penemuan ini menunjukkan betapa pantasnya generasi termuda Malaysia menerima kewangan digital. Ia juga cerminan momentum transformasi digital negara yang mengagumkan. Mastercard komited untuk menyokong kemajuan ini dengan mencipta pengalaman pembayaran yang selamat dan mudah untuk seisi keluarga.

Beena Pothen, Pengurus Negara Mastercard untuk Malaysia & Brunei

Macamana pula dengan Gen lain selain Gen Alpha?

Kehebatan Gen Alpha ni sebenarnya selari dengan trend rakyat Malaysia secara umum. Kajian yang sama menunjukkan:

ADVERTISEMENT

Rakyat Malaysia (63%) jauh lebih suka guna kaedah pembayaran inovatif (macam Tap & Go, biometrik, QR code) berbanding purata di Asia Pasifik (53%) dan Eropah (24%).

Ini termasuklah Gen Z (72%) dan Milenial (69%). Nampaknya, dari yang paling muda sampailah yang dewasa, kita semua memang dah bersedia untuk masa depan tanpa tunai.

Senang cerita, budak-budak sekarang bukan je celik IT, tapi celik kewangan digital. Kita yang dewasa ni pun kenalah keep up!


Kajian ini dijalankan oleh The Harris Poll bagi pihak Mastercard dari 4 hingga 20 September 2024, melibatkan 1,010 responden di Malaysia.

ADVERTISEMENT

Popular Minggu Ini

  • Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    167 shares
    Share 67 Tweet 42
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    418 shares
    Share 167 Tweet 105
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    256 shares
    Share 102 Tweet 64
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    140 shares
    Share 56 Tweet 35
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    226 shares
    Share 90 Tweet 57

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved