Rangkaian kek Malaysia, Secret Recipe, kini bekerjasama dengan watak kucing tempatan, Bichi Mao, dalam satu kempen selama tiga bulan, bermula 15 Ogos hingga 15 November 2025.
Bayangkan gabungan pencuci mulut dengan elemen yang comel, kucing. Tapi kenape Secret memilih kucing?
Ini kerana populariti Bichi Mao yang semakin meningkat dalam kalangan peminat tempatan menerusi komik web dan animasi.

Lagipun pihak Secret Recipe menyelaraskan kempen ini dengan sambutan Hari Kebangsaan, Hari Malaysia, dan ulang tahun Secret Recipe yang ke-28.
Jadi, Secret Recipe yang terpilih diseluruh Malaysia akan dihiasi dengan visual gambar yang bertemakan Bichi Mao. Mesti comel, tak sabar!
Dan dalam pada masa yang sama, pelanggan boleh dapat pembungkusan kek khas (jika membuat pembelian kek), barangan edisi terhad serta pencuci mulut istimewa yang bertemakan watak kucing popular tersebut.

Menariknya lagi, korang boleh tebus barangan eksklusif bersama menu mereka, termasuk pek pelekat bulanan, pelekat kereta, keychain dan magnet.
Malah terdapat juga satu siri koleksi patung plush yang terdiri daripada beberapa watak iaitu ‘Mao-Cadamia’, ‘Choco-Mao’ dan ‘Mao-Velvie’.

Tapi siri patung plush ini boleh ditebus selagi stok masih ada. So, kumpul duit dari sekarang dan serbu Secret Recipe 15 Ogos nanti!