senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Tips

10 Kelebihan Memeluk Bantal Ketika Tidur

leav by leav
April 4, 2018
in Tips

Ilustrasi - Foto: Pexels

1.1k
SHARES
170
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Walaupun isu ini perkara remeh, lain orang lain posisi tidurnya namun ketahuilah setiap posisi tidur akan memberi manfaat kepada kita, contohnya tidur memeluk bantal.

Dengan memeluk bantal, sesetengah orang akan tidur lena dan perkara ini adalah satu perkara tipikal untuk masyarakat Malaysia. Sesetengah orang akan rasa sukar untuk tidur apabila mereka tidak memeluk bantal. Ini adalah sesuatu yang semula jadi, dan sebenarnya berkaitan dengan kesihatan badan.

Jika anda seorang yang suka tidur memeluk bantal, ia bukan sahaja menjadikan tidur kita lebih selesa. Bersyukurlah kerana ia memberi impak yang baik kepada kesihatan badan.

Foto ilustrasi

Ada beberapa manfaat kesihatan yang kita tidak boleh pandang remeh. Ini adalah nilai tambah untuk tabiat tidur menggunakan bantlaa peluk ini.

Berikut beberapa manfaat yang boleh diperolehi oleh seseorang apabila tidur menggunakan bantal peluk ini.

1 Rasa tenang

Bagi masyarakat Malaysia yang sudah biasa menggunakan bantal peluk, manfaat psikologi sudah tentu tidak perlu dipersoalkan lagi. Selain itu, tidur berpelukan dengan bantal peluk juga boleh membuatkan seseorang itu lebih tenang dan relaks sebelum tidur.

2 Baik untuk postur badan

Memeluk bantal semasa tidur, terutamanya di sisi anda, boleh meluruskan punggung anda. Ini menjadikan postur yang lebih baik dan serupa dengan berdiri tegak dan meluruskan belakang anda.

3 Sokong Badan

Ini bermakna bahawa memeluk bantal boleh membantu untuk mengelakkan masalah tulang dan kesakitan di seluruh badan.

ADVERTISEMENT

4 Tingkatkan kualiti tidur

Memeluk bantal juga boleh membantu meningkatkan kualiti tidur seseorang dengan memperbaiki postur. Manfaat ini terutamanya muncul apabila anda tidur mengiring kerana tidur dengan penyandar di antara kaki anda boleh melepaskan ketegangan pada kedua-duanya.

BACA JUGA  Jika Anda Tidur Dengan Lampu Terbuka Boleh Menyebabkan Gemuk

5 Melegakan tekanan

Bantal juga boleh diletakkan di belakang leher untuk sokongan yang lebih baik. Kaedah ini boleh dilakukan untuk menenangkan tekanan otot yang terkumpul sepanjang hari.

Foto ilustrasi

6 Bantu pulih daripada kecederaan belakang

Tidur di atas pinggul anda boleh membantu melepaskan tekanan pada tulang pinggul anda. Ini bermanfaat untuk mereka yang mempunyai masalah belakang seperti scoliosis.

7 Memperbaiki peredaran darah

Memeluk bantal posisi mengiring boleh mengangkat bahagian badan seperti kaki. Ini dapat membantu darah mengalir dengan lebih lancar ke dalam jantung. Kaedah ini dapat membantu jantung untuk tidak bekerja terlalu kuat.

ADVERTISEMENT

Anda boleh mendapat beberapa faedah ini apabila anda tidur memeluk bantal. Tidur memeluk bantal dalam posisi tidur sisi boleh mempunyai beberapa manfaat menakjubkan yang perlu anda lakukan semasa tidur.

8 Melegakan ketegangan di leher

Aktiviti lasak sepanjang hari membuatkan otot leher tegang, gunakan bantal sedikit keras sebagai penyokong leher ketika tidur supaya otot boleh berehat semula.

9 Melegakan sakit belakang

Tekanan di kawasan pinggul akibat membawa banyak objek berat boleh berbahaya dan mengakibatkan skoliosis. Untuk membuat otot kembali relaks, gunakan bantal sebagai penyokong tulang pinggul agar sakit belakang dapat hilang dengan cepat.

10 Pernafasan yang lebih stabil

Dengan memeluk bantal secara otomatik paru-paru akan berada di tempat yang sepatutnya, jadi corak pernafasan akan menjadi lebih stabil. Ini sangat berguna dalam mengekalkan kualiti tidur kita. Jika anda menghadapi masalah untuk tidur nyenyak, cuba gunakan cara untuk membantu anda tidur lena.

Source :
Brightside.me, Goodyfeed
Tags: bantaltidur

Popular Minggu Ini

  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved