senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Family

6 Cara Sembuhkan Luka Bersalin Dalam 2 Minggu Sahaja

leav by leav
May 30, 2024
in Family

Foto ilustrasi

65
SHARES
26
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Bagi ibu yang bersalin normal, biasanya hanya mengalami luka koyakan sedikit sahaja. Ada juga sebahagian kes ibu yang bersalin tidak mengalami sedikit luka kerana bersalin.

Dan rata-rata ibu selepas bersalin tentunya bimbang dan risau dengan keadaan luka yang dialami semasa bersalin.

Dalam sebahagian kes yang lain pula ada juga ibu yang mengalami koyakan amat besar dan perlu dijahit dengan banyak.

Foto ilustrasi

Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan pulak harus menitikberatkan kesihatan agar luka pada bahagian pembedahan segera kering dan sembuh.

Baca berikut di bawah ini.

1 Banyakkan Minum Air Masak

Pesanan daripada doktor sebelum keluar dari hospital, kena banyak minum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Jika nak cepat luka bersalin sembuh kena banyak minum air dan ianya untuk banyakkan air susu badan jugak. Itu pesan doktor yea, bukan dari saya.

2 Elak Membuat Kerja Berat

Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan, anda dilarang untuk membuat kerja-kerja berat terutama mengangkat benda berat contohnya baldi yang mengandungi air untuk mandi. Elakkan memberi tekanan kepada perut anda jika hendak luka cepat sembuh.

ADVERTISEMENT

3 Rehat secukupnya

Part ni penting, ibu yang bersalin secara pembedahan memerlukan rehat secukupnya ini adalah kesan daripada ubat bius masih terasa dan kekadang terasa lenguh-lenguh dibahagian belakang dan kaki. Ubat bius biasanya akan hilang pada 6-7jam selepas pembedahan, tetapi ada kesan selepas jam tersebut. Kesannya seperti yang saya cakap tadi. Jadi ibu yang bersalin czer ni, sila rehat secukupnya, kalau boleh 2 minggu pertama, biakan ibu, mak mertua atau suami yang uruskan anak. Tetapi waktu menyusukan bayi jangan lupa pulak yea, berehat sedap sangat sampai lupa menyusukan bayi, itu boleh mengurangkan susu badan.

BACA JUGA  Ini Yang Perlu Anda Ketahui Mengenai Ibu Hamil Pada Usia 20, 30 dan 40

4 Jaga Pemakanan

Bab makan ni memang penting untuk ibu yang bersalin pembedahan, Saya dilarang oleh doktor untuk memakan ikan haruan dan pati gamat pada awal pembedahan, ianya untuk mengelak luka terlalu cepat sembuh hingga membolehkan isi perut melekat pada rahim. Oh!!! No!! Menakutkan. Lupa kan seketika hal haruan dan gamat, pemakanan time berpantang amat penting, nasi putih, ikan selar bakar, air milo, biskut kering, itu la menu sepanjang berpantang. Adalah elok untuk ibu yang nak luka cepat sembuh untuk makan makanan yang berkhasiat contohnya, sayur-sayuran dan buah-buahan(sesetengah sahaja boleh makan, yang buah tajam elakkan makan iaitu nenas). Bab sayur-sayuran saya memang tidak boleh makan sebab nya saya memang tidak makan sayur.

5 Jaga luka pembedahan

Jika ibu bersalin secara pembedahan, part ni paling penting. Kena jaga elok tempat luka, lap sampai kering selepas mandi kena pastikan betul-betul kering, gunakan kain khas(lampin bayi pon boleh) untuk lap tempat czer. Jika ibu malas nak keringkan guna kain , guna hair dryer lagi senang.

6 Terus jumpa doktok

Tips yang ni perlu ibu semua ingat, jika terasa sakit teramat sangat pada tempat czer, kena terus jumpa doktor. Contoh tanda-tanda luka yang memerlukan pemantauan doktor adalah kemerahan pada luka pembedahan, terasa denyutan yang teramat sangat pada perut, terdapat luka yang besar pada tempat czer dan kelihatan terbuka pada tempat luka. TERUS JUMPA DOKTOR.

ADVERTISEMENT
Tags: ibuluka bersalin

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved