senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Motivasi

16 Tips Untuk Jadi Manusia Bijak Dari Professor Ungku Aziz

Yuyue by Yuyue
May 19, 2017
in Motivasi

Foto ilustrasi

361
SHARES
125
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Siapa tidak kenal dengan professor Ungku Aziz ini, terlalu banyak sumbangannya terhadap negara. Anda boleh membaca buku-buku dipasaran yang menceritakan sumbangannya dalam pendidikan, ekonomi, persuratan melayu dan banyak lagi.

Beliau bukanlah seorang yang bercakap kosong, apa sahaja yang beliau katakan, itulah yang praktikkan. Beliau juga seorang yang berdisiplin dengan rutin hariannya.

Disini ada beberapa tips berguna jika anda ingin menjadi manusia yang bijak!

Tidur 6 jam atau 7 jam sehari

Pak engku mencadangkan supaya kita tidur selama 6 hingga 7 jam, jika ank muda yang bertubuh sihat, 5 jam sudah mencukupi. Dan sebelum tidur, penting untuk kita kosongkan minda dan lupakan semua masalah.

Tidur selama 30 minit pada tengah hari

Waktu tengah hari adalah waktu ynag sesuai untuk tidur, jangan terlalu lama, hanya 30 minit setiap hari. Masa yang sesuai ialah pada jam 12 hingga 3 petang. Kemudian pank engku menyuruh kita tidur selepas makan tengah hari dengan keadaan berbaring, sepertimana kita tidur pada waktu malam.

Tidur pada tengah hari ini penting untuk membaik pulih sistem badan kita lalu membuatkan kita menjadi cergas pada waktu petang.  Kata Pak Engku lagi, jangan pedulikan apa yang berlaku ketika tidur,. Masa tidur adalah masa tidur, jangan ingat benda lain atau mempedulikan apa yang berlaku di sekitar kita.

Makan bawang mentah

Pak Engku juga mengamalkan memakan bawang mentah.

Jangan makan terlalu banyak makanan segera

Pak Engku melarang kita daripada kerap memakan makanan ringan seperti burger. Kerana bahan-bahan yang ada didalam mempunyai racun yang banyak. Kalau nak makan sekali sekali tidak mengapa.

ADVERTISEMENT

Jangan minum air coca-cola

Sebaiknya, jangan amalkan meminum air coca-cola terlalu kerap, ini kerana terdapat banyak kandungan gula dan akan memberi racun kepada badan.

BACA JUGA  7 Maksud Mimpi Orang Sakit Yang Buat Anda Risau

Amalkan pemakanan “fit for life”

Falsafah pemakanan Pak Engku ialah makanlah bahan yang hidup, jangan makan bahan yang telah mati. Umpamanya sayur dan ulam, semuanya mesti dimakan hidup-hidup. Kalu kita masak, goreng serta rebus sayur, itu bermakna bahan itu telah mati. Elakkan dari memakan bahan yang sudah mati, melainkan daging.

Jangan borak kosong

Borak kosong itu merugikan masa, kalau orang islam berdosa jika kita membuang masa begitu.

ADVERTISEMENT

Masa giat dan masa rehat

masa harus dibahagikan kepada dua, iaitu bahagian giat(aktif) dan rehat (pasif). Masa aktif digunakan untuk kita melakukan aktiviti harian. Masa pasif digunakan untuk kita fikirkan apa yang telah kita buat. Jadi kita haruslah pandai membezakan antara aktif dan pasif. Ini terpulang kepada kreativiti masing-masing

Jangan pedulikan tekanan orang

Jika ada orang memarahi anda tanpa sebab, jangan ambil kemarahan tersebut untuk difikirkan sehingga menyebabkan stress. Anggap saja sesiapa yang memarahi anda itu gila.

Selalu perhatikan baki wang

Ilustrasi – Foto: Amanz.my

Untuk mengelakkan rasa stres, sebaiknya tengok selalu baki wang anda dalam poket, supaya nanti dapat mengelakkan daripada masalah wang pada masa yang akan datang.

Amal senaman tiga kali seminggu

Buat jadual 3 kali seminggu untuk lakukan senaman. jogging, bermain badminton dan sebagainya. Tidak kisahlah sukan apa yang anda lakukan.

Senaman minda

Minda kita juga harus bersenam, contohnya dengan permainan Sodoku dan Chess, ini baik untuk kesihatan minda kita.

Jangan main games

Foto: USgamer.net

Buang tabiat suka bermain permainan komputer.  Ianya membuatkan seseorang ketagih dan menghabiskan masa terlalu lama dihadapan komputer..

Amalkan budaya suka membaca

Pak Engku seorang yang gemar membaca, beliau membaca 5 surat khabar sehari. Dengan banyak membaca, ianya dapat mengasah minda dan pemikiran kita.

BACA JUGA  Orang Berjalan Ketika Tidur Lebih Bijak

Kita mesti berfikir dan terus berfikir

Jika ingin melakukan sesuatu, sebaiknya berfikir terlebih dahulu. Supaya apa yang difikir sesuai dengan apa yang ingin dicapai.

Banyakkan diskusi

Bincanglah perkara yang bagus-bagus dengan rakan anda, ini menggalakkan minda kita berfikir secara kreatif dan kritis. Supaya kita mendapat idea-idea yang baru.

Ini adalah tips-tips yang berguna untuk anda jikan ingin menjadi manusia yang bijak. Yang paling penting, setiap hari harus belajar benda baru agar seiring dengan  peredaran masa.

Kata-kata pujangga Professor Engku Aziz

Sumber: Nakbebel

Tags: bijak

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved