senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Suntikan Cegah Kehamilan Mengakibatkan Tulang Jadi Rapuh

leav by leav
June 4, 2017
in Netizen
19
SHARES
24
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Atas faktor kesihatan seperti faktor usia yang semakin meningkat, jarak kehamilan yang rapat serta kelahiran anak secara pembedahan, memungkinkan wanita mengikut saranan doktor bagi mencegah kehamilan berlaku. Salah satu kaedah yang sering menjadi pilihan adalah melalui Suntikan Depo Provera.

Suntikan Depo Provera ini mengandungi hormon progesterone atau DMPA 150mg yang memberikan kesan pencegahan kehamilan buat jangka masa yang lama. Suntikan diberikan setiap 3 bulan pada punggung atau pada otot bahu.Kebiasannya ia disuntik pada bahagian punggung, kerana jika ia disuntik pada bahagian bahu akan menyebabkan tangan menjadi kebas atau kesakitan pada otot bahu dan jika disuntik pada tempat yang salah pula, boleh menyebabkan kerosakan pada saraf.

Cara DMPA ini berfungsi dengan menghalang perkembangan telur di dalam ovari dan mengelakkan ovulasi. Ia juga membuatkan lediran pada permukaan serviks atau pangkal rahim menjadi pekat dan menghalang kemasukan sperma daripada masuk ke dalam rahim.Namun demikian, adalah tidak digalakkan mengambil suntikan ini dalam tempoh yang panjang kerana ia boleh memberi kesan buruk pada kesihatan wanita.

Melalui perkongsian oleh Dr.Zubaidi Hj Ahmad di blog penulisannya beliau berkongsi pandangan kesihatan mengenai kesan akibat pengambilan suntikan pencegahan kehamilan ini.

ANTARANYA:

1.Suntikan Depo Provera menyebabkan kitaran haid tidak teratur, malah ada yang tidak mengalami haid selama lebih daripada 6 bulan.

2.Selain itu suntikan pencegahan kehamilan ini juga dikaitkan dengan sakit kepala yang teruk, tidak selesa dan sakit pada ari ari, penambahan berat badan, loya dan muntah, mudah rasa penat dan letih, keguguran rambut, pertumbuhan jerawat dan mudah rasa berdebar-debar (nervous).

3.Wanita yang mengalami kesan sampingan seperti sakit kepala, tekanan darah tinggi, masalah darah pekat dan juga masalah hati akibat suntikan pencegahan kehamilan ini harus menghentikan segera pengambilannya.

ADVERTISEMENT

4.Selain itu, suntikan pencegah kehamilan ini harus diberikan oleh doktor yang melakukan pemeriksaan berkala kepada pesakit.

BACA JUGA  Wanita Kecewa Restoran Guna QR Untuk Order Tapi Kedekut WiFi

Ini kerana doktor harus memeriksa darah pesakit setiap kali sebelum suntikan diberikan dan untuk memastikan fungsi hati dalam keadaan baik serta toksik dari perkumuhan hormon ini dapat dibuang dengan selamat.

5.Jika ingin hamil semula, suntikan ini perlu dihentikan dan masa untuk wanita menjadi subur kembali mengambil masa sehingga 10-12 bulan selepas suntikan terakhir. Malah ada kes sehingga 18 bulan!

6.Pihak American College of Obstetricians and Gynecologists menyarankan suntikan tidak boleh melebihi 2 tahun kerana ia akan menyebabkan tulang menjadi rapuh dan pelbagai kesan sampingan lain.

ADVERTISEMENT

Paling penting ialah pencegahan kehamilan bukan atas sebab kesihatan adalah HARAM di dalam Islam. Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1981 mengeluarkan fatwa bahawa kaedah pemandulan secara kekal, melemahkan atau merosakan fungsi pembiakan seseorang secara kekal adalah Haram.

Fikirkan kembali jika anda ingin meneruskan suntikan pencegahan kehamilan dalam jangka panjang kerana mampu memudaratkan kesihatan tubuh badan.

Sumber: Blog Dr.Zubaidi Hj Ahmad via Mingguan Wanita/Suhaidah Abd Wahab

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved