senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Wanita Kongsi Urusan Perkahwinan Dipermudahkan & Rezeki Melimpah Selepas Kahwin

leav by leav
January 8, 2017
in Netizen

Foto ilustrasi: malaysiagazette.com

2.7k
SHARES
6
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Setiap pasangan yang bercinta mesti bercita-cita nak menamatkan zaman bujang dan hidup bersama pasangan secepat yang mungkin.

BerikutĀ perkongsian daripada wanita ini yang berkahwin beberapa bulan selepas bertunang hasil untung berniaga. Niat baik untuk kahwin dan syukur urusan dipermudahkan. Baca berikut ini:

Bertunang dan mula niaga nak kumpul duit kahwin, tawakkal je masa ni. Bila duk termenung sorang sorang. Flashback balik kita yang dulu. Banyak kurang banyak silap. Dulu Aida takut nak kawin. Tapi cantiknya aturan Allah dlm hidup kita ni. Kadang tak sampai akaiii nak pikir. hikhik

Siapa takut nak kawin di usia muda baca kisah Aida ni. Aida boleh lah nasihat sebab Aida dah lalui benda ni.

Jangan takut kalau anda belum stabil tapi nak kawin

Ilustrasi – Foto: weddingsideas.info

Bermula. Aida 23 tahun. Suami 25. Kami couple. Dulu sblm bertunang, pakwe (suami skrg) kerja ktm bahagian canteen jadi cheff (yang korang makan tak sedap tu yelah dia yang masak hahaha)

Lepastu,

Kami tunang biasa-biasa je takda majlis grand2. Tak lama tunang sebab takut banyak maksiat. Masa ni kami decide tawakal kat Allah. Kami nak berniaga sama-sama. Dia stop kerja ktm. Dan bisneslah kami sama-sama. Masa ni saya dapat tentangan dari sesetengah pihak yang tak suka nampk kami kehulu kehilir sama-sama walhal niat kami baik kami nak kumpul duit nk kawin.

Dan!

ADVERTISEMENT

Kahwin beberapa bulan lepas tunang & rezeki selepas kahwin semakin mencurah-curah
Kami kawin beberapa bulan selepas tu. Awal tahun ni Aida 24 tahun. Suami 26 tahun. Kawinlah pongpang3 kami hasil kumpul duit untung berbisnes. Dia dengan gaji dia kumpul mas kahwin duit hantaran kawin yang saya mintak dan lain-lain perkakas nak kawin. Saya gaji saya sendiri beli apa saya nak beli hehehe best jadi perempuan.

BACA JUGA  Duit Semakin Kurang atau Memang Tak Ada Terus, Wanita Ini Kongsikan Tips Agar Duit Sentiasa Ada

Dan ringkasan cerita

Ilustrasi

Alhamdulillah rezeki selepas kawin satu-satu masuk. Mula-mula rezeki Allah bagi bisnes semakin maju.

Lepastu, dapat anak 3 minggu plus minus selepas kawin inai pun belum habis kt jari ni. Lepastu, dapat rezeki buat loan beli kereta tanpa perlu penjamin pun cuma tunjuk statement bank bisnes sahaja (kereta pun bukan kereta mewah. Syukurlah cuma kereta untuk kerja dan cukup untuk kami naik hari-hari bawak baby dlm perut)

Dan!! Yang paling saya sampai saat ni tak percaya sekarang dapat buat rumah sendiri tanpa buat loan bank.

ADVERTISEMENT

Huhhh sungguh dasyat aturan Allah buat saya dan suami. Syukur alhamdulillah atas pemberian Allah ni.

Apa yang saya nak highlight kt sini. Jangan takut nak kawin. Dengan sesiapa pun its okay. Go ahead. Sebab dia dah jodoh kita. Anddd! Rezeki kita Allah sudah tetapkan siap-siap. Kita tak perlu fikir berat. Tak perlu fikir kerja Allah. Dia tahu apa yang dia bagi kat kita. Kita cuma perlu meletakkan kebergantungan kita pada Allah s.w.t. itu je prinsip Aida. Dan untuk hari esok. Aida serahkan pada Allah 100%. dia yang berhak ke atas kita hamba hambaNya.

Itu jelah sharing-sharing dari Aida yang tak seberapa ni. Kalau nak share. Boleh share. Silakan.

Tapi sebelum tu, doakan baby Aida yang tak duk diam dalam perut ni sihat sempurna selamat dan comel lahir nanti. Amiennn

Sumber : Aida Rosli

Tags: kahwin

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved