senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Kesihatan

Hidung Sering Tersumbat Tanda Kanser Nasofarinks

leav by leav
April 5, 2018
in Kesihatan

Foto ilustrasi

258
SHARES
55
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Bukan niat untuk menakutkan, namun itulah kenyataan. Hidung selalu tersumbat dan sering berdarah adalah satu daripada petanda bagi penyakit kanser nasofarinks atau kanser pangkal hidung.

Kanser yang terletak di kawasan sempit dan tersembunyi antara hidung dan tekak ini, amat sukar dikesan awal kerana kebanyakan simptom bagi penyakit ini tidak spesifik dan mirip penyakit-penyakit biasa.

Antaranya hidung tersumbat yang mungkin dianggap hanya resdung, sakit kepala yang biasanya dikaitkan dengan tekanan atau tidak cukup rehat, dan hilang pendengaran yang mungkin ditafsirkan akibat trauma atau jangkitan kuman pada telinga.

“Ramai yang menganggap simptom-simptom ini benda ringan. Amat jarang untuk mereka mensyaki ia adalah kanser kerana simptom-simptomnya tidak jelas dan boleh disebabkan oleh bermacam perkara,” kata Ketua Pusat Saringan Kesihatan Kanser Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr Dalilah Kamaruddin kepada Bernama.

Beliau bagaimanapun menggariskan dua simptom utama yang wajib diberi perhatian iaitu hidung sering berdarah dan tersumbat, serta kewujudan benjolan pada tengkuk.

Setakat ini, masih tiada ujian atau screening test khusus untuk mengesan penyakit ini, tidak seperti kanser lain iaitu kanser payu dara, kanser serviks atau kanser usus.

Doktor biasanya mengguna skop nasofarinks (nasoscopy) yang dilengkapi kamera atau melakukan CT Scan, PET Scan ataupun MRI, bagi mengesan sebarang ketumbuhan luar biasa sel di kawasan terlibat.

petanda-kanser-1
Foto ilustrasi

Cara lain ialah dengan ujian darah bagi mengesan virus Epstein-Barr, yakni sejenis virus yang biasa dialami pesakit kanser, namun menurut Dr Dalilah tidak semua pesakit kanser menghidap virus ini.

ADVERTISEMENT

“Jika dapat dikesan awal maka peluang untuk pulih lebih tinggi, namun kebanyakan pesakit hanya diagnos dengan kanser ini pada peringkat dua atau tiga,” dedah Dr Dalilah.

BACA JUGA  Waspada, Kerap Kerja 'Shift Malam' Menjemput Penyakit Maut

Kanser nasofarink adalah kanser kelima paling kerap berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia dan kanser ketiga paling tinggi dalam kalangan lelaki di negara ini iaitu meliputi 8.2 peratus daripada jumlah kes kanser.

Pada tahun 2012, sebanyak 1,487 kes dikesan dengan bilangan kes tertinggi dalam kalangan kaum Cina dan Bidayuh.

Dr Dalilah berkata, gaya pemakanan dalam kalangan dua kaum itu, yang cenderung kepada makanan masin dan berawet, dikesan antara faktor utama yang menggalakkan pertumbuhan kanser nasofarinks.

ADVERTISEMENT

Beliau turut berkongsi hasil satu kajian berskala besar yang dijalankan oleh sebuah badan antarabangsa mengenai diet orang Cina di negara China dan orang Cina yang berhijrah ke tempat lain.

Kajian berkenaan mendapati bahawa orang Cina yang berhijrah kurang mengalami kanser nasofarinks berbanding orang Cina di tanah besar berikutan corak pemakanan mereka yang sudah berubah iaitu lebih kepada makanan barat.

“Kebanyakan makanan yang digemari masyarakat kita seperti belacan, ikan masin, asam, jeruk, dinasihatkan untuk tidak diambil dalam kuantiti yang berlebihan kerana makanan ini boleh meningkatkan risiko kanser ini,” pesannya.

Faktor genetik juga dipercayai antara punca yang perlu diberi perhatian memandangkan penyakit kanser melibatkan perubahan DNA sel.

Faktor risiko lain termasuklah pengambilan alkohol, tabiat merokok, dan pendedahan berlebihan kepada habuk atau bahan kimia seperti formaldehid.

Rawatan yang biasanya dijalankan ke atas pesakit kanser nasofarinks adalah radioterapi, kimoterapi, terapi ubat sasaran dan disusuli dengan pembedahan jika perlu.

Pembedahan biasanya mengambil masa yang panjang, kadangkala sehingga 10 jam, berikutan kedudukan kanser itu di lokasi yang sempit dan tersembunyi, jelas Dr Dalilah.

“Selepas pembedahan, pesakit akan mengalami kesukaran untuk makan dan terpaksa bergantung kepada tiub untuk beberapa minggu.

BACA JUGA  Tanda-Tanda Kanser Yang Tak Patut Diabaikan

“Oleh sebab itu saya berpendapat orang ramai perlu diberi lebih kesedaran tentang kanser ini supaya dapat dikesan awal, sekali gus mengurangkan keperluan untuk pembedahan,” katanya.

Sumber: Bernama

Tags: hidungKanser

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved